April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


DAP sekali lagi membuktikan yang mereka jauh lebih dominan di dalam Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Dr. Mahathir. Malahan dalam satu sidang media yang menampilkan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan termasuklah Wan Azizah, Dr. Mahathir perlu mendapatkan pengesahan dan keizinan daripada Anthony Loke terlebih dahulu sebelum bercakap.

Maka pendapat masyhur yang diuwar-uwarkan oleh PAS bahawa undi Pakatan Harapan (PH) bermaksud mengundi DAP, ada benarnya. Tindakan dan keputusan yang dibuat oleh Anthony Loke jelas menunjukkan PPBM, PAN mahupun PKR tidak berani menentang atau menyanggah DAP walaupun acapkali DAP memperlekeh-lekehkan parti-parti yang didominasi oleh Melayu itu.

Melayu benar-benar Pariah seperti yang dikatakan oleh Nga Kor Ming dan KEPARIAAN MELAYU itu terserlah dalam tindakan terbaharu DAP.

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dua hari lepas telah membuat keputusan, selari dengan keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 27 Februari bahawa kesemua empat parti dalam Pakatan Harapan akan menggunakan logo yang sama dalam PRU-14 dan ianya selari dengan keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan harapan pada 6 Mac lalu bahawa penentuan logo sama yang akan digunakan, akan dibuat dalam tempoh seminggu.

Sepatutnya pada 1 April lalu, Saifuddin Nasution mengumumkan penggunaan logo yang sama oleh Pakatan Harapan dalam PRU-14. (RUJUK SINI)

Namun keengganan DAP untuk menggunakan logo selain logo parti mereka, menyebabkan Saifuddin Nasution gagal membuat pengumuman tersebut. Hari ini, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dalam kenyataannya kepada portal MalaysiaKini, mengesahkanbahawa Mesyuarat DAP malam Isnin lalu tidak bersetuju menggunakan logo yang sama.

Kata Anthony Loke, mesyuarat DAP malam Isnin lalu, gagal mencapai persetujuan tersebut dan memutuskan mereka memerlukan tempoh lagi seminggu untuk mendapatkan maklum balas peringkat negeri dan akar umbi mengenainya. 

Cengkaman DAP memang hebat. Walaupun konsensus telah dicapai pada 27 Februari lalu bahawa kesemua empat parti dalam Pakatan Harapan akan menggunakan logo sama, DAP tetap mahu menunjukkan kepada para pengundi mereka, bahawa Melayu dan India dalam Pakatan tidak lebih daripada pariah yang tidak akan berani menyanggah mereka.

Pada 28 Februari lalu, DAP dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan undi daripada masyarakat Melayu atau lebih tepat lagi untuk  menjayakan TSUNAMI MELAYU telah mencadangkan agar logo PKR digunakan dalam PRU-14 walaupun wakailnya bukan calon sebenar dari PKR. Ini akan menjamin tiad alagi bantahan atau perebutan kawasan oleh PKR. Sekaligus membuatkan DAP boleh menarik nafas lega kerana PKR tidak akan mengacau kerusi mereka lagi.

Sebenarnya di situlah letaknya kebijaksanaan DAP yang memanipulasi keadaan dengan mencadangkan logo PKR sebagai satu helah kepada ultra Melayu dalam PPBM agar dapat menerima DAP.

Kalaulah jadi logo PKR digunakan oleh keempat-empat parti Pakatan Harapan, ia bermakna DAP telah berjaya menahan lukah undi Melayu pro Anwar dan PKR agar membelakangkan parti sebenar yang dianggotai oleh calon-calon Pakatan. Lebih-lebih lagi apabila DAP turut mengampilkan calon-calonya  yang terdiri daripada bangsa Melayu. Langkah ini akan menimbulkan kekeliruan sekaligus akan membolehkan DAP menang lebih banyak kerusi terutama yang bermajoritikan pengundi Melayu.

Bagaimanapun, DAP mungkin akan kehilangan undi orang Cina yang merupakan teras kepada kekuatan parti itu. Kebanyakan pengundi Cina melihat PKR sebagai sebuah parti yang lemah dan tidak berprinsip. Apatah lagi dengan tindakan PKR menyanjung Mahathir yang sebenarnya merupakan pencetus dan penyebab kepada kewujudan PKR sendiri, tetapi kini Mahathir disanjung dan dipuja-puja.

Maka tidak hairanlah bilamana DAP menukar fikiran dan enggan menggunakan logo selain logo mereka dalam PRU-14 nanti. DAP tidak mungkin mahu menggambarkan kepada para pengundi teras mereka bahawa parti itu sedang akur dengan Melayu walaupun atas nama ASAL BUKAN UMNO!



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons