April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Sungguhpun berjawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor, namun
kedudukan itu tidak menjamin Nik Nazmi Nik Ahmad kekal bertanding di DUN
Seri Setia yang pernah dimenangi sejak dua penggal yang lalu.

Nik Nazmi yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat
dikatakan kini telah ditekan secara dalaman untuk mengosong kerusi DUN
itu dan bakal dikeluarkan daripada salah seorang calon PKR Selangor.

Difahamkan tekanan hebat dibuat terhadap Nik Nazmi kerana beliau
bukan penyokong setia Geng Kartel pimpinan Timbalan Presiden PKR, Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali.

“Walaupun sebelum ini ramai kritikan Nik Nazmi lembab namun dalam percaturan ini kelihatan Nik Nazmi cekap jauh ke depan.

“Walaupun dia ditekan dipaksa mengosongkan kerusi DUN untuk
bertanding parlimen di mana dia akan kehilangan kerusi (mewah) Exconya
tapi langkah dia membawa Wan Azizah dan Nurul Izzah untuk umumkan
calon-calon berlabel AMK khususnya Di Wilayah Persekutuan, Selangor dan
Negeri Sembilan dilihat langkah berani ketika kerusi dan agihan calon
masih belum muktamad,” dedah Badrul Hisham Saharin dalam Facebook.

Badrul
Hisham yang lebih dikenali sebagai CheguBard merupakan penyokong
kumpulan anti-Kartel yang dikenali sebagai ‘Kumpulan Masa Depan Bersama’
pimpinan Datuk Saifuddin Nasution Ismail bersama Nurul Izzah Anwar dan
Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR 2014.

Bagaimanapun Saifuddin tewas kepada Azmin Ali merebut jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan tersebut.

Sedangkan Nurul Izzah dan Rafizi menang jawatan Naib Presiden PKR
bersama dengan kumpulan Kartel Dr Xavier Jayakumar dan Shamsul Iskandar
Mat Akin.

Di peringkat kepimpinan wanita PKR, Geng Kartel hampir menyapu
kemenangan bersih barisan kepimpinan pro-Azmin yang diketuai Zuraida
Kamaruddin.

Manakala di peringkat AMK berlaku semacam kompromi-calon Ketua AMK
dari Geng Kartel, Amiruddin Shaari yang diramalkan menang mudah, tewas
secara mengejut kepada Nik Nazmi untuk jawatan tersebut.

Sedangkan calon Timbalan AMK dan semua calon Naib AMK dari Geng Kartel menang sepertimana yang diramalkan.

Mengukuhkan lagi konspirasi itu, Azmin telah melantik sebagai Exco
Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, namun
dalam masa sama turut melantik pengikut setianya, Amiruddin Saari
sebagai Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan
Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Selangor.

Mengulas spekulasi Nik Nazmi bakal dikeluarkan bertanding di
Selangor, CheguBard berkata ia adalah strategi Azmin untuk kekal
bertapak di negeri itu dan untuk menghadapi pemilihan PKR selepas PRU
14.

“Azmin sedang berusaha menempatkan sebanyak mungkin calon pro Kartel
Azmin kerana selepas PRU ialah masa terbaik dia bertemu get bagi merebut
Presiden PKR.

“Dia juga sedang berusaha berusaha bersungguh sungguh untuk calon
calon khususnya DUN Di Selangor orang dia bagi memastikan kedudukan
MBnya…,”katanya

Tambah CheguBard, Geng Kartel sedang giat membina dinasti dan
kronisma dalam parti apabila beberapa orang pendokong utama kumpulan itu
sedang melobi anak masing-masing menjadi calon PRU 14.

Farah Afzan Faridi

“Cuma
beberapa orang dia (Azmin) ambil kesempatan kesungguhan Azmin ini
memastikan kerusi MB kekal dengan menempatkan anak – anak mereka sebagai
calon PRU juga.

“Zuraidah dan Xavier dikatakan antara yang punya usaha bagi meletakkan anak mereka sebagai calon PRU.

“Paling mengundang senyum bila ada yang menentang dan melihat ia
sebagai nepotisma maka dijawab dengan biadap iaitu keluarga Anwar boleh
kenapa mereka tidak boleh sedang mereka berjuang juga,”katanya lagi.

Difahamkan anak Zuraida yang dimaksudkan CheguBard itu kepada Farah
Afzan Faridi yang kini aktif sebagai Naib Ketua Srikandi PKR.

AMK Baru Geng Kartel

Dan anak Xavier pula merujuk kepada Sangetha Jeyakumar, Naib Ketua AMK pusat.

Tahun lepas, AIDCNews mendedahkan AMK Selangor yang dilihat berpihak
kepada Azmin sedang giat melobi untuk menjadi calon-calon PRU di negeri
itu.

“Nik Nazmi Nik Ahmad yang sebelum ini penyandang di DUN Seri Setia
dipindahkan ke Parlimen luar Selangor iaitu Parlimen Setiawangsa, Kuala
Lumpur…(namun) YB Amirudin Shari dikekalkan bertanding di DUN Batu
Caves,” laporan AIDCNews dipetik.

Selanjutnya, sila baca :
AMK Sedang Giat Lobi Jadi Calon Di Selangor

PRU 14 : Enam Kartel Azmin Perlu Dikalahkan- Inner Circle Amanah

Geng Kartel PKR Buat Mesyuarat Tertutup Agih Dana PRU 14 ?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons