April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Hairan bin ajaib bila Semut terbaca tajuk laporan pasal Kak Wan Omega ni malam semalam. Kenapa dia pulak yang beria – ia nak luahkan rasa terkilan dia pasal isu ni?

Padahal dia tak ada kaitan lansung dengan isu tersebut. Jadi, kenapa dia beria – ia sangat nak bagi komen mengenai perkara tu?

Mungkin Kak Wan Omega ni terkilan sebab bukan dia yang bagi gelaran Pandikutty tu. Yang bagi gelaran Pandikutty tu ialah Anwar Ibrahim, Si Ketua Penipu tu.

Agaknya, bagi Kak Wan Omega ni, hanya dia yang layak untuk bagi gelaran kepada orang lain. Macam gelaran yang dia bagi pada suami dia tu la, Anugerah Setan tu.

Kalau tidak, kenapa pulak dia beria – ia sangat nak marah bila orang pertikaikan mengenai gelaran Bapak Pandikutty pada suami dia?

Yang dia dok bising – bising cerita pasal video seks ‘Pemimpin Kanan Pakatan Pembangkang’ tu menda jadahnya? 

Kenapa dia nak terasa sangat sampai kena buat ‘Road-Show’ untuk jelaskan kepada rakyat mengenai perkara tersebut?

Si Ketua Penipu tu sendiri dah mengaku kata dia bukan individu dalam video seks tersebut dalam satu sidang media, sedangkan dia sendiri tak tengok lagi video tu dulu.

Dah tengok video tu pun, Si ketua Penipu tu tetap kata itu bukan dia. Jadi, kenapa Kak Wan Omega serta gerombolan Penjaga Bontot Anwar sibuk nak tuduh orang yang bukan – bukan?

Tak pasal – pasal, diorang pulak yang beria – ia melenting bila isu itu dimainkan oleh pihak media. Itu yang menghairankan rakyat.

Soalnya sekarang, kenapa Anwar serta gerombolan puak – puak Pakatan Pembangkang tu sibuk buat sidang media dan sesi ceramah sana sini untuk menafikan perkara tersebut? 

Diorang pun dah terlebih makan cili jugak ke? Mungkin sebab itu la diorang terlebih rasa pedas. Tu pasal la diorang macam orang gila buat ceramah sana sini.

Cakap kat orang pandai sangat kak Wan Omega ni. Diri dia sendiri dia tak nak kaji. Cakap pun tak serupa bikin. Lagi ada hati nak jadi isteri Perdana Menteri? Ceit!!! Pigidah!!!

Ps: Baik Kak Wan Omega ni duduk diam – diam kat rumah, cari Jam Omega Si Al – Juburi tu lagi bagus daripada sibuk bagi pendapat yang bangang macam ni. Buat menyusahkan diri sendiri je.




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons