April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak hari ini membuat pengumuman penting kepada Penjawat Awam dalam majlis MAPPA sebentar tadi. Antara rumusan penambah baikan yang diumumkan oleh Perdana Menteri:

1. Pemendekan tempoh ‘time based’ kali kedua kepada 10 tahun untuk kumpulan sokongan mulai 01/01/2018 yang melibatkan 13,006 pegawai.

2. Wujudkan Gred DG56 bagi pegawai lebih 5 tahun DG54. Ini melibatkan 323 pegawai mulai 01/01/2019.

3. Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu-bapa pegawai ‘Contract of Service’ mulai 01/07/2018.

4. Sumbangan tahunan kepada CUEPACS, sekurang-kurangnya RM3 juta setahun.

5. Cuti tanpa rekod 7 Hari Umrah dipanjangkan kepada penganut agama lain untuk urusan agama mereka.

6. Bagi menjaga pesara Kerajaan, kerajaan bersetuju menaikkan 1% lagi kepada pesara mulai 01/07/2018 hingga 31/12/2018 sebagai tambahan kepada kenaikan 2% yang diisytiharkan mulai 01/01/2018.

7. Geran khas kepada Persatuan Pesara bernilai RM1 juta masing-masing.

8. Kuota Haji khas untuk pesara Kerajaan dibincang dengan Arab Saudi.

9. Kenaikan gaji 1 KGT Khas berkuatkuasa pada 01/07/2018 untuk 1.6 juta penjawat awam melibatkan RM1.46 billion.

Kesimpulan, nikmat apa lagi yang mahu kamu dustakan. Kalau Penjawat Awam tidak tahu bersyukur tak tahulah.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons