April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ARAU 4 April – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima kunjungan menghadap oleh Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr. Asma Ismail di Balai Menghadap Biru Istana Arau, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pendaftar USM, Dr. Musa Ali dan Timbalan Presiden Persatuan Alumni USM, Mohd. Zulkarnain Mohamad Tajulariffin.

Baginda yang juga Tuanku Canselor USM yang merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berstatus Program Pemacu Untuk Kecemerlangan (Apex) di negara ini turut berkenan menerima persembahan buku berjudul ‘Organisational Transformation Concepts and Implementation’.

Buku tersebut ialah hasil karya Musa ketika beliau menjawat jawatan Pengarah Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (IPPA) USM.

Buku tersebut sebelum ini dilancarkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan pernah juga dipasarkan di Pesta Buku Jerman di Frankfurt. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons