April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

RUU Antiberita Tidak Benar lulus bacaan ketiga di Dewan Rakyat selepas undian suara.

 

 

KUALA
LUMPUR: Nampaknya tiada apa yang boleh menghalang Rang Undang-undang
Anti-berita Tidak Benar 2018 yang lulus bacaan ketiga petang tadi.

RUU kontroversi itu diluluskan melalui undian suara pada 6.20 petang
tadi dan akan diangkat ke Dewan Negara untuk pertimbangan para senator.

“RUU ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan sekarang. Lebih suara
bersetuju,” kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Ismail Mohamed
Said.

Terdahulu RUU berita palsu berjaya melepasi bacaan kedua selepas
undian belah bahagi dengan 123 wakil rakyat menyokong dan 64 menolak.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan beberapa perubahan pada RUU asal.

Perkataan “dengan sengaja” di Fasal 4 RUU itu digantikan dengan
“berniat jahat”, dan tempoh hukuman penjara maksimum 10 tahun
dikurangkan kepada 6 tahun.

Akta itu mentafsirkan berita tidak benar sebagai sebarang berita,
maklumat, data dan laporan yang sebahagian atau sepenuhnya palsu, sama
ada disiarkan dalam bentuk rencana, visual, rakaman audio atau bentuk
lain.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons