April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Dulu anaknya, Mukhriz Mahathir pernah menyatakan Pakatan Harapan akan memecat pegawai-pegawai tertinggi kerajaan yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) jika gabungan itu memerintah negara. Namun selepas dikecam hebat, Mukhriz mendakwa kenyataannya diputar belit.

Kini bapanya pula, Mahathir Mohamad memperlekeh dan mengkritik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyatakan sokongan dan kesetiaan kepada kerajaan.

Ternyata Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) amat takut dan gelabah bila Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyatakan ATM akan setia kepada kerajaan dan Perdana Menteri.

Apabila Raja Mohamed Affandi berkata demikian, Mahathr mendakwa Perdana Menteri kini mempunyai tentera sendiri. Dalam hal ini, Mahathir tidak menggunakan asas yang kukuh berlandaskan undang-undang Malaysia walhal setiap anggota polis dan tentera di Malaysia termaktub di dalam sumpah setianya terhadap Raja dan Negara (selari dengan Rukun Negara).

Ini juga menepati manifestasi komitmen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu melalui misi memartabatkan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar dan membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara.

Ini juga dipegang sebagai objektif penubuhan polis iaitu mempertingkatkan kecekapan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam.

Maka tiada salahnya apa yang Perdana Menteri seru iaitu meminta polis dan tentera terus menyokong serta membantu kerajaan sedia ada.

Bukankah ketika Mahathir perintah negara selama 22 tahun dahulu, polis dan tentera juga memberikan memberi sepenuh taat setia kepada beliau selaku Ketua Kerajaan?

Kenapa apabila Mahathir sudah bersama dengan Pakatan Harapan, beliau boleh menukar nada pula? Kenapa agaknya penjawat awam menjadi sasaran?

Adakah kita mahu mereka ini menjadi pemimpin negara? Belum pegang negara, sudah berangan mahu mengecilkan saiz penjawat awam. Bukan itu sahaja, tentera dan polis juga diperlekehkan.

Tolaklah pemimpin seperti ini. Mereka begitu berbeza dengan corak pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Najib. Banyak faedah dan manfaat diberikan kepada penjawat awam malah hari ini, Perdana Menteri telah mengumumkan khabar gembira kepada penjawat awam.

Kerajaan bersetuju memberikan kenaikan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion ringgit berkuatkuasa mulai 1 Julai 2018 kepada 1.6 juta penjawat awam. Ia menunjukkan betapa Perdana Menteri begitu prihatin dan tidak pernah mengabaikan penjawat awam.

Tulisan:
Beruang Biru
BB852, Rabu
4 April 2018



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons