April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Langkah PAS menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Anti Berita Tidak Benar 2018 adalah kerana banyak fitnah dilontar oleh DAP ke atas parti itu, kata Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan.

“Pas menjadi mangsa yang cukup banyak kepada fitnah-fitnah yang tidak berasas, termasuk DAP sendiri.

“Mungkin betul ia (DAP) takut pada bayang sendiri. Undang-undang ini tidak boleh diambil untuk perkara yang menguntungkan kita sahaja, ini adalah untuk semua. Dan bagi Pas, kandungan akta ini sendiri juga sebagai langkah pencegahan,” beliau dipetik berkata hari ini.

Jelasnya, pelaksanaan undang-undang tersebut dapat membersihkan nama mana-mana pihak yang menjadi mangsa fitnah dan juga dapat menegakkan keadilan bagi pihak yang difitnah.

“Contohnya seseorang yang difitnah melalui media sosial dan sebagainya, dia boleh pergi ke mahkamah, buat permohonan sebelah pihak dengan bukti-bukti laporan polis dan kandungan fitnah itu. Mahkamah boleh minta orang yang buat fitnah itu untuk hapuskan penyiaran tersebut.

“Kalau orang itu tidak buang, maka orang itu melakukan satu kesalahan. Maka ini satu langkah yang baik untuk kawal fitnah yang semakin berleluasa dalam masyarakat kini. Bagi saya, ia adalah ‘timely’, sudah sampai masanya. Ada undang-undang yang kawal,” katanya.

PAS menyokong RUU AntiBerita Tidak Benar 2018 dibentang oleh kerajaan semasa diluluskan dalam Dewan Rakyat tempoh hari walaupun ia tidak disokong blok pembangkang, Pakatan Harapan.

Tapi jangan lupa. PAS juga pernah menabur fitnah sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu apabila mendakwa calon PKR seorang yang suka mengambil pil kuda. Jadi dalam erti kata lainnya, PAS ni tidak la se-MAKSUM seperti yang didakwa!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons