April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Sentimen ‘UBAH SABAH’ dikatakan semakin kuat. Para penyokong Shafie Apdal berkata, WARISAN yang diterajui oleh bekas Menteri KKLW yang sedang berhadapan dengan siasatan SPRM ekoran skandal penyalahgunaan dana Persekutuan itu, akan mengubah Sabah sekaligus ‘menghalau’ parti-parti Semenanjung seperti UMNO.

Shafie Apdal yang terdesak untuk berkuasa, telah menggunakan pelbagai sentimen termasuklah sentimen ‘SABAH UNTUK SABAHAN’. Shafie Apdal dalam ceramah-ceramahnya sentiasa menyalahkan Kerajaan Pusat kerana kemunduran sebahagian besar Sabah, khususnya di kawasan pedalaman. Dia dan gerombolannya terutama orang seperti Peter Anthony yang juga terpalit dengan skandal rasuah menghasut penduduk tentang perlunya apa-apa sahaja elemen dari Semenanjung yang perlu dihalau keluar dari Sabah.

Namun perkembangan terbaharu di Semenanjung, pastinya memberi kesan kepada WARISAN pimpinan Shafie Apdal.

DAP-PKR-PAN telah bersetuju untuk bertanding dalam PRU-14 dengan hanya menggunakan satu lambang sahaja. Bermakna, setiap parti akan melupakan lambang parti masing-masing, sebaliknya memilih lambang yang sama. Setakat ini, lambang yang dipersetujui adalah lambang PKR iaitu lambang MATA LEBAM.

PPBM yang juga merupakan salah satu daripada komponen Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP pula berhadapan dengan masalah pendaftaran. Hari ini, parti tersebut telah digantung sementara dan diberikan tempoh 30 hari untuk merayu sebelum penggantungan kekal dibuat oleh ROS.

Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt pada 21 Januari 2018 berkata, gabungan atau kerjasama antara Warisan dengan Pakatan Harapan mampu menumbangkan UMNO-BN di Sabah. DAP cukup yakin, mereka mampu menyapu bersih 10 kerusi bandaran di Sabah, manakala PKR pula akan berjaya memenangi beberapa kerusi di kawasan pinggir bandar. Manakala WARISAN akan berjaya menang di beberapa kawasan Suluk, Bajau dan KDM. Sekurang-kurangnya ada 12 kerusi DUN Sabah yang boleh ditawan oleh WARISAN. (RUJUK SINI)

Sebelum ini, Shafie Apdal dan WARISAN bertegas, mereka tidak akan menjalinkan sebarang hubungan atau kerjasama dengan mana-mana parti termasuklah Pakatan Harapan Sabah yang dianggotai oleh PKR dan DAP, yang mana kedua-dua buah parti tersebut berpangkalan di Semenanjung. (RUJUK SINI)

Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini menegaskan, DAP akan kekal menggunakan lambang Roket di Sabah dan Sarawak dalam PRU kali ini. Manakala parti-parti lain dalam Pakatan Harapan perlu menggunakan satu sahaja lambang iaitu PKR.

Persoalannya kini ialah, adalah Shafie mahu menggunakan lambang PKR sebagaimana ‘arahan’ DAP sedangkan pada masa yang sama, Warisan sibuk berkempen kononnya mahu mengembalikan ‘hak’ rakyat Sabah dan tidak mahu ‘dijajah’ oleh Semenanjung lagi.

Apakah Shafie mempunyai daya dan upaya untuk menolak arahan DAP agar Warisan juga menggunakan logo dan lambang PKR sedangkan pada masa yang sama, DAP kekal menggunakan logo mereka sebagai lambang KEKUASAAN DAP ke atas parti-parti pembangkang yang berteraskan Pribumi dan Bumiputera di negara ini?

Rasa-rasanya Shafie Apdal dan WARISAN tidak akan mampu menolak kehendak DAP seperti Dr. Mahathir dan Muhyiddin Yassin hanya mampu mengiyakan sahaja arahan Lim Kit Siang!



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons