April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


GERIK 5 April – Dua lelaki terselamat setelah kereta yang dinaiki hilang kawalan lalu terbabas jatuh ke dalam gaung sedalam 60 meter di Kilometer 16.3, Jalan Raya Timur Barat di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, sepasukan anggota dihantar ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.17 petang.

Katanya, semasa sampai di tempat kejadian, sebuah kereta Proton Persona yang dipandu dari Kelantan telah terbabas ke sebelah kanan jalan dan jatuh ke dalam gaung sedalam 60 meter.

“Dua lelaki terbabit tidak tersepit dalam kereta dan  hanya mengalami kecederaan ringan.

“Anggota membantu menaikkan mangsa ke tebing dengan cara memapah melalui longkang bertingkat. Kedua-dua mereka diserahkan kepada ambulans untuk dihantar ke Hospital Gerik bagi mendapatkan rawatan,” katanya.-UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons