April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Muhammad Arif Ismail

 

 

KOTA  BHARU:
Kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamed
menghentikan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai tidak masuk
akal.

 

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, negeri-negeri Pantai Timur sekarang berdepan masalah pengangkutan.

 

“Jadi dengan adanya ECRL ia boleh mempercepatkan lagi perjalanan ke Kuala Lumpur hanya kira-kira empat jam.

 

“Saya tidak tahu apa alasannya
mengeluarkan kenyataan itu, tetapi kita melihat dalam konteks Kelantan,
kenapa kita menyokong projek yang boleh merancakkan pembangunan
ekonomi,” katanya selepas merasmikan Karnival Antarabangsa Bio Kelantan
2018 di Kelantan Trade Center semalam.

 

Baru-baru ini Pakatan Harapan dilaporkan
tidak menolak kemungkinan menghentikan ECRL sekiranya menang pilihan
raya umum (PRU) 14.

 

Menurut Dr Mahathir projek yang bernilai RM55 bilion itu sebagai satu pembaziran kepada ekonomi rakyat dan negara.

 

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan
Negeri, Md Ashaari Mamat pula berkata, Dr Mahathir mungkin lupa projek
projek yang dilaksanakannya sebelum ini membazir wang rakyat.

Apa sudah jadi dengan Litar Sepang yang
melibatkan wang rakyat yang tidak sedikit. Projek itu impian Dr
Mahathir bagi mencipta nama di peringkat dunia,” katanya. – HARAKAHDAILY 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons