April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Dengan pengumuman DAP hari ini bahawa parti berkenaan tidak akan menggunakan logo Roket di dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU ke 14) bulan hadapan dan akan menggunakan logo bersama yang akan diistiharkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan, pukul 9.00 malam esok, sudah dijangka logo PKR akan digunakan.

Apa lagi alternatif yang ada. Logo Roket tidak mungkin digunakan kerana akan ditolak di kawasan majoriti Melayu. Pertama kali sejak tahun 1969, logo Roket akan tiada di dalam PRU. Kita harap parti berkenaan akan menyusul.

Logo Bunga Raya juga tidak dapat digunakan sebab parti PPBM parti haram. Lihat surat Pendaftar Pertuhuhan yang dikeluarkan hari ini, di bawah. Logo PAN? Parti pencacai ikut sahajalah. Awak tu taraf pencacai saja.

Seperti dijangka sebelum ini, logo sebelah mata atau dikenali sebagai ‘mata dajjal’ PKR akan diguna sebagai logo bersama Pakatan Harapan. Ironinya, logo yang sama dicipta sempena mata lebam pengasas parti berkenaan, Anwar Ibrahim.

Simbolik simbol mata digunakan apabila mata Anwar Ibrahim lebam ketika dalam tahanan ketika Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Walaupun ludah dijilat kembali, Tun boleh kata, bukan saya yang bagi lebam. Itu polis. Saya mana tau apa. Saya lupa. Saya tak ingat.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons