April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Agak menghairankan juga apabila Pengerusi Pakatan Haprak tu beria-ia mahu membatalkan projek pembinaan East Coast Rail Line (ECRL) jika mereka berjaya merampas Putrajaya.

Alasan yang dinyatakan secara terbuka sebelum ini kononnya projek itu tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat serta menelan kos perbelanjaan yang cukup besar.

Apa yang menghairankan ialah cadangan bagi mewujudkan projek rel keretapi merentasi kawasan Pantai Timur dicetuskan pada ketika Pengerusi Pakatan Haprak tu masih menjadi Perdana Menteri.

Diantara justifikasinya, pembinaan rel keretapi tersebut akan membantu membangunkan ekonomi dikawasan Pantai Timur yang didapati ketinggalan dari kawasan Pantai Barat Semenanjung.

Malah cadangan untuk membina rel keretapi itu juga termasuk merupakan salah satu daripada rancangan Wawasan 2020 yang juga merupakan cetusan ilham dirinya sendiri sebelum ini.

Dan secara umumnya, objektif utama dalam perancangan wawasan itu adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju secara menyeluruh menjelang tahun 2020.

Maka persoalannya, adakah Pakatan yang hendak memerintah Negara selepas PRU yang akan datang mahu rakyat dikawasan Pantai Timur ini terus ketinggalan seperti yang berlaku pada ketika Tun Mahathir memerintah sebelum ini?




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons