April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KOTA BHARU 5 April – Seorang lelaki warga emas parah selepas dipercayai ditetak anak lelakinya yang kurang siuman dengan sebilah parang di kediaman mereka di Kuala Besar, di sini tengah hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa, Che Kob Hussin, 66 dikatakan berselisih faham dengan suspek berusia 35 tahun.

Jiran mereka yang terdengar bunyi bising kemudiannya menemukan mangsa sedang terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan segera menghubungi polis.

Difahamkan, mangsa kini dalam keadaan kritikal dan masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik ketika mengesahkan kejadian itu berkata, suspek telah pun berjaya ditahan untuk membantu siasatan kes terbabit. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons