April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 5 April – Polis melumpuhkan satu sindiket memproses dadah jenis methamphetamine selepas menyerbu sebuah premis yang dijadikan makmal memproses dengan merampas dadah terbabit bernilai RM10.46 juta pada 1 April lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, makmal tersebut berselindung di sebalik premis barang lusuh yang beroperasi di hadapannya di Taman Gembira, Brickfields di sini.

“Seorang lelaki berumur 27 tahun yang berada di makmal terbabit semasa operasi turut ditahan dan direman bermula 2 hingga 8 April ini bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan mendapati suspek bergiat aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis itu di kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons