April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Tidak seperti yang disangka kebanyakan orang, operasi yang dijalankan
di sebuah pusat hiburan yang menyaksikan seorang pemimpin Umno bahagian
ditahan pada awal Isnin lalu adalah inisiatif Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber memberitahu Malaysiakini, polis terlibat dalam operasi berkenaan apabila SPRM meminta agensi penguat kuasa terbabit membantu mereka.

“Pihak polis diminta untuk membantu oleh pihak SPRM,” kata sumber itu yang mempunyai pangkat kanan dalam pasukan polis.

Katanya, polis Kuala Lumpur menyertai operasi itu selepas diberikan maklumat oleh SPRM.

“Kita bantu secara professional dan ia dilakukan mengikut SOP
(prosedur operasi standard) semasa melakukan ujian air kencing,”
katanya.

Dalam operasi itu seramai 12 individu – termasuk tiga wanita –
ditahan di sebuah pusat karaoke di Kuala Lumpur. Seorang daripada mereka
ialah Ketua Umno Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar.

Daripada jumlah itu 10 orang didapati positif dadah.

Mereka ditahan selepas ujian air kencing mendapati mereka positif mengambil dadah methamphetamines.

Terus tuju bilik

Bagaimanapun Rizalman yang muncul membuat penjelasan semalam
menegaskan, beliau tidak mengambil dadah dan apa yang berlaku ke atasnya
didorong oleh sabotaj pihak tertentu.

Katanya ia mungkin ada kena mengena dengan kemungkinan namanya dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Rizalman juga menyatakan kunjungan beliau ke pusat hiburan berkenaan hanya untuk berhibur serta minum kopi.

“Tiada minuman keras mahupun dadah. Itu yang saya pelik bagaimana saringan awal mendapati saya positif dadah.

“Saya boleh katakan ini perangkap kerana tidak mengambil dadah dan ketika ditahan pun saya normal serta tidak khayal,” katanya.

Rizalman juga berkata operasi itu “sangat mencurigakan”.



Mengimbas semula kejadian itu, Rizalman berkata dia tiba di pusat
hiburan berkenaan kira-kira jam 11.30 malam selepas menerima jemputan
rakannya.

“Kemudian, seawal jam 2 pagi, tiba-tiba bilik itu telah diserbu oleh SPRM dan pegawai polis.
“Mereka terus menuju ke bilik tersebut. Bukan operasi yang pergi setiap bilik. Terus pergi ke bilik 202.

“(Mereka) terus minta IC (kad pengenalan), tanya minum apa dan terus bawa kami ke balai.
“Proses tersebut berlaku dalam 15 minit,” katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi SPRM untuk mendapatkan kenyataan agensi antirasuah berkenaan namun belum berjaya setakat ini.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons