April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak
mempertikaikan kehadiran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
dalam isu penahanannya Isnin lalu.

Datuk Rizalman Mokhtar dalam rakaman video yang dimuatnaik setiausaha
bahagiannya, Zaharin Mohd. Yassin mendakwa kehadiran SPRM amat
mencurigakan dalam penahanannya.

“Kemudian, seawal jam 2 pagi, tiba-tiba bilik itu telah diserbu oleh SPRM dan pegawai polis.

“Mereka terus menuju ke bilik tersebut. Bukan operasi yang pergi setiap bilik. Terus pergi ke bilik 202.

“(Mereka) terus minta IC, tanya minum apa dan terus bawa kami ke
balai. Proses tersebut berlaku dalam 15 minit,” katanya dalam klip video
berkenaan mengimbas detik penahanannya di sebuah kelab malam dan
kemudiannya ujian air kencingnya positif dadah baru-baru ini.

Ia dipercayai rakaman semasa Rizalman menerangkan apa yang berlaku
kepadanya kepada ketua-ketua cawangan UMNO Bahagian Tun Razak malam
semalam.

Bagaimanapun, pada sidang media hari ini, Rizalman tidak mengulas panjang mengenai rasa curiganya terhadap penglibatan SPRM.

Dalam video Zaharin, Rizalman berkata, ketika tiba di balai polis,
situasi lebih pelik terjadi apabila kesemua 12 tahanan diperiksa urin
dengan jagaan pegawai SPRM.

“Sampai di sana, terus dibuat pemeriksaan air kencing dengan
disaksikan sendiri oleh pegawai SPRM, yang memang tak pernah dilakukan
pun, dan (perkara ini) diperakui oleh polis.

“Pemeriksaan air kencing pun saya susah nak kencing. Saya kencing dua orang tunggu kiri dan kanan,” katanya.

Jelas Rizalman lagi, keputusan pemeriksaan air kencingnya yang terakhir diproses.

“Kawan-kawan semua diorang punya kencing memang telah positif. Ketika
saya punya keputusan keluar positif saja, mereka (lima orang pegawai
SPRM) terus keluar.

“Bila mereka (pegawai SPRM) balik, polis bagitahu saya bahawa ini di
luar kebiasaan. Mereka (polis) syak saya ada sebarang masalah dengan
SPRM sebab yang mengusahakan serbuan ini adalah SPRM .

“Tetapi apa yang dicari, saya tak tau,” katanya.

Mengulas lanjut, Rizalman berkata, dari segi prosiding mahkamah, dia
hanya akan didapati bersalah selepas keputusan dikeluarkan oleh makmal
bahawa dia positif dadah.

Namun peliknya, kata Rizalman, polis mengeluarkan kenyataan
berdasarkan saringan awal dan berita mengenainya tular seawal 6 pagi.

“Sepatutnya dikatakan “dalam siasatan”. Tapi segala-galanya telah terkeluar. Saya tidak tahu macam macam benda ni berlaku.

“Saya yakin ini merupakan satu game plan (rancangan) yang sangat
terancang yang mengunakan segala sumber yang ada. Kesalahan saya adalah
berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.

“Game plan ini memang terancang akhirnya untuk merosakkan dan
merosakkan nama (saya) supaya mengurangkan peluang kami (dalam pilihan
raya),” katanya.

Rizalman menegaskan beliau dan rakan-rakannya hanya memesan dan minum
Nescafe 3-in-1 ketika di kelab malam itu serta tidak mengambil apa-apa
dadah.-MalaysiaGazette



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons