April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Ada
pihak tertentu yang meramalkan bahawa mana-mana pakatan politik yang
disertai oleh DAP akan sentiasa dipenuhi masalah dan tidak akan dapat
bertahan lama, melainkan jika semua ahlinya boleh akur kepada kehendak
DAP.

Perpecahan di dalam Barisan Alternatif adalah berpunca daripada
tindakan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP menarik diri darinya pada 22
September 2001 setelah DAP gagal memaksa PAS menggugurkan penegakan
negara Islam sebagai prinsip perjuangan PAS.

Terkuburnya Pakatan Rakyat juga adalah berpunca daripada ketegasan
DAP menolak perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertera di dalam
ucapan Lim Guan Eng di Singapura pada 10 Disember 2014 bahawa DAP sedia
melihat Pakatan Rakyat berpecah jika PAS menyerahkan usul untuk
melaksanakan hudud di Parlimen dan di dalam pengakuan Lim Guan Eng pada
26 Disember 2017 bahawa DAP membuat tindakan yang betul bila memutuskan
hubungan dengan PAS demi menegakkan prinsip perjuangan DAP.

Kesemua pemutusan hubungan di dalam Barisan Alternatif dan Pakatan
Rakyat ini berlaku di dalam keadaan di mana kedua-dua pakatan politik
ini membenarkan wujudnya prinsip setuju untuk tidak bersetuju (agree to
disagree).

Sekarang ini, di dalam Pakatan Harapan, prinsip setuju untuk tidak
bersetuju ini sudah tiada dan digantikan dengan persetujuan sebulat
suara (konsensus) antara semua ahli.

Di dalam keadaan begini pun ternyata DAP masih mahu menunjukkan
belangnya di mana walaupun Pakatan Harapan telah mencapai konsensus pada
27 Februari 2018 supaya semua ahli menggunakan logo sama dalam PRU 14,
DAP masih lagi mahu diberikan keistimewaan untuk menggunakan logo
sendiri demi kepentingan DAP sendiri.

Jelas kelihatan bahawa di dalam kepala pemimpin DAP kepentingan DAP
sendirilah yang paling utama dan berbohonglah jika sesiapa mahu
meyakinkan diri sendiri atau orang lain bahawa usaha pemartabatan Islam
akan tetap boleh dilakukan walaupun sesuatu pakatan politik itu turut
disertai oleh DAP.

Bagi DAP, sekular dan Malaysian Malaysia adalah yang paling utama,
dan apa atau sesiapa sahaja yang boleh menggugat kedua-dua perkara ini
sudah tentulah akan ditentang habis-habisan hingga ke peringkat sanggup
memecahkan pakatan politik yang disertainya.

Selain terpaksa membuang masa untuk membetulkan antik-antik yang
dibuat oleh pemimpin tua pelupa seperti Tun Dr Mahathir, cabaran
terbesar Pakatan Harapan selepas ini ialah untuk melayani
kerenah-kerenah yang ditimbulkan oleh parti berlagak ketua seperti DAP.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons