April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Ammar Sufian


Pakatan Harapan akan memutuskan isu logo bersama minggu depan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Apa yang boleh saya kata, kita akan buat pengumuman minggu depan,” kata ketua menteri Pulau Pinang.

Majlis Presiden HARAPAN akan bermesyuarat pada Selasa setiap minggu.

HARAPAN terpaksa memilih antara logo DAP, PKR dan Parti Amanah Negara
(AMANAH) setelah gabungan itu masih tidak tidak berjaya didaftarkan
secara rasmi.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) juga sedangberdepan masalah pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Lim sebelum ini memberitahu DAP akan bertanding sama ada menggunakan logo sendiri atau HARAPAN.

Setakat ini, BERSATU dan AMANAH sudah bersetuju bertanding
menggunakan logo PKR dalam pilihan raya umum yang mesti diadakan sebelum
24 Ogos depan.

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak disebut-sebut akan membubarkan parlimen Jumaat ini.
Pemerhati melihat minggu pertama Mei sebagai masa terbaik untuk pengundian sebelum tibanya bulan puasa Ramadan.

Setakat Isnin lepas, jawatankuasa eksekutif pusat DAP dalam mesyuarat
di ibu pejabat di Kuala Lumpur masih gagal memutuskan perkara itu.

Difahamkan DAP bimbang penggunaan logo PKR akan mengelirukan pengundi dan pemimpin akar umbi mereka.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons