April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


LONDON 6 April – Hajat penyerang Arsenal Alexandre Lacazette untuk mencetak hatrik tidak kesampaian selepas dikeluarkan pada minit ke-74 ketika The Gunners melakar kemenangan 4-1 ke atas CSKA Moscow dalam saingan suku akhir Liga Europa di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Lacazette mengakui bahawa dia berasa terkilan apabila digantikan kerana mahu mencetak hatrik pertamanya buat The Gunners.

Kemenangan itu menyaksikan Arsenal berada dalam kedudukan selesa untuk meraih slot ke separuh akhir menerusi dua jaringan masing-masing daripada Lacazette dan Aaron Ramsey.

“Ya, saya mahu kekal di atas padang tetapi ini bukan hari saya untuk menjaringkan hatrik… saya tetap berpuas hati dengan dua gol yang telah dijaringkan,” kata Lacazette.

Arsenal akan berkunjung ke Moscow minggu depan dalam usaha untuk memastikan mereka ke separuh akhir, dan Ramsey tidak berasakan keadaan politik di antara Rusia dan United Kingdom akan memberikan impak kepada mereka.

“Ia tidak mengganggu kerana kami ke Rusia untuk bermain bola sepak dan itu yang akan kami lakukan,” jelasnya. -AGENSI



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons