April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Roket  DAP secara tak rasmi tidak lagi berada di PRU14  … turut kecewa adalah de facto DAP iaitu Kit Siang sendiri . 

Bayangkan kalau orang tua macam Kit Siang pun marah bila logo parti mereka hilang begitu saja di Pilihanraya kali ini , apatah lagi ahli-ahli dan penyokong DAP .

Kalau sudah sebati dengan roket puluhan tahun memangkah , tentunya logo baru ini akan janggal untuk diundi .

Selain itu , ketiadaan logo roket DAP juga  tidak mmemberi jaminan  bahawa parti itu tidak menguasai Pakatan Harapan dan dijangka DAP akan terus memenangi kerusi paling banyak dalam pembangkang memandangkan mereka hanya bertanding kawasan majoriti bukan Melayu. 

PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang marah apabila logo parti itu yang sudah berusia 50 tahun, tidak akan digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kali ini.

Beliau kecewa dengan keputusan untuk menggunakan lambang bersama berbanding lambang roket parti itu yang sudah digunakan sejak 50 tahun lalu.

Bagaimanapun beliau tetap mengenepikan ‘kepahitan’ itu demi komponen Pakatan Harapan (PH) supaya bersatu untuk mencabar parti kerajaan.

“Bukan sahaja ada ahli DAP yang marah dengan keputusan itu, malah saya juga marah tetapi demi kepentingan bersama yang bersatu untuk pilihan raya, kita akan ikut logo apa yang akan diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini di Pasir Gudang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program parti Stulang, di Johor Bahru hari ini.

Pada program itu, Lim turut mengumumkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng kekal sebagai calon DAP dalam PRU-14.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini mengumumkan persetujuan untuk menggunakan satu lambang yang disepakati semua komponen parti dalam PH pada PRU-14.

Keputusan terbabit diambil selepas kegagalan PH didaftarkan sebagai pakatan untuk bertanding dalam pilihan raya itu nanti.

Dalam pada itu Lim berkata tidak mustahil pakatan pembangkang itu memenangi PRU-14 namun ia bukan sesuatu yang mudah selain berdepan pelbagai cabaran.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons