April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Oleh : Zulhazmi Shariff


Jawapan Dan Penjelasan Kepada tulisan Saudara Leman Ketua Amanah Kawasan Sik (tu pon kalau dia yang tulis dan aku anggap dia la yang tulis)


Panjang lebar Leman tulis sampai ke demografi, geografi bagai. Panjang lebar jugak komen-komen yang aku baca dalam posting Leman.


Tulisan aku ni untuk menjelaskan apa sebenarnya. Ini aku tulis sendiri.


Aku tulis “ISU SABRI CALON SIK”


Tulisan aku tu sebenarnya aku tulis hanya untuk bacaan dalaman Grup Whatsapp kami kawan2 Kedah yang amat rapat antara kami. Ada pelbagai parti dalam Grup Whatsapp kami tu. Ada dari Amanah (majoriti) ada dari KeADILan dan ada dari DAP. Aku siap maklumkan tulisan aku tu berstatus “EMBARGO”. Aku tulis sebab menjadi perbincangan hangat dlm grup kami tentang niat Amanah Kawasan Sik di bawah pimpinan Leman untuk buat sidang media (pc) untuk menolak calon “cuci kaki”. Bagi aku, tindakan nak buat sidang media mempersoalkan tindakan kepimpinan parti pada waktu ini mencederakan semua pihak. Isu dalaman baik diselesaikan secara dalaman. Jika Amanah berkecamuk, kawan-kawan lain turut terasa.



Hangat kami bincang dan bahas tetapi dalam suasana adik beradik. Adat orang Kedah melawak kasaq. Aku tak pernah berniat untuk tulisan aku tu viral di fb seantero Malaya kerana ini melibatkan isu dalaman yang tak perlu musuh bersama iaitu BN dan Lebai mengambil peluang. Tapi ada makghok sintaq mana tah tak paham menatang apa “EMBARGO” tu pi viral. Maka virallah sedunia tulisan aku tu. Jadinya viral tulisan aku bukan dari aku. Aku tak up pon di fb aku atau di mana2 kerana ianya hanya tulisan aku dlm grup untuk kami bersama saja.


Disebabkan Leman jawab di fb secara terbuka, maka perlu aku jawab dan jelaskan.


Aku bukan nak masuk campur urusan Amanah. Aku tulis atas kapasiti aku sebagai PENGUNDI PARLIMEN SIK. Apa yang aku harapkan sebagai pengundi yang hendak mengundi. Nak calon yang boleh menang atau tak boleh menang. Aku tulis pendapat aku. Kalau pendapat aku tak betul. Kawan2 dlm grup kami dah bahaskan. Keputusan meletakkan siapa calun mewakili Amanah bukan urusan aku. Itu hak Amanah. Cuma aku sebagai pengundi, aku mengharapkan seorang calon yang boleh menarik undi pengundi mengundi dan menang menewaskan BN dan Pak Lebai.


Tulisan aku tidak sekali pun sebut nama LEMAN. Sepatah nama Leman pun tak disebut. Tiba2 ada mengatakan aku kecam Leman. Agak2 la nak mengata pun. Aku bersahabat dengan Leman malah majoriti kepimpinan Amanah Sik juga aku kenal bukan sehari dua. Aku nak Amanah menang. Aku nak BN ditewaskan di Sik. Aku nak Amanah menyumbang kerusi Sik untuk Malaysia. Aku tak kata sesiapa pun TAK LAYAK. Semua LAYAK tetapi adakah boleh MENANG? Itu isi tulisan aku.


Jawapan kepada tulisan Leman.


Memang hebat tulisan Leman memperkenalkan Sik dgn sudut geografinya, jumlah penduduknya, gunatanah dan sebagainya yang membuatkan ianya harus diangkat naik oleh wakil parlimen yang kawasan pilih sendiri. Nak bagitau, gunatanah apa semua tu di bawah kuasa kerajaan negeri yang boleh dibangkitkan oleh ADUN samada ADUN Jeneri atau ADUN BELANTIK. Ahli Parlimen nak cakap bab gunatanah bagai bukan dalam bidang kuasa Parlimen. Kuasa tanah di bawah Kerajaan Negeri. Isu gunatanah yang ingin dijuangkan Amanah Sik sehingga mendorong pemilihan calon mesti dari bawah bagai tu dah cukup utk tunjukkan bezanya boleh menang ke boleh bertanding. Layak bercakap tu betul lah…. cakap lah apa saja sebab buleh cakap tapi boleh ka menang sebab nanti pengundi tanya yang dok cakap pasai tanah ni, kuasa hang ka? Bukan ke kuasa negeri? Bagi calon ADUN la cakap.


Macam calon Dun cakap nak hapus GST la…. apa dia? Bertanding Dun tapi nak hapus GST. Agak-agak la bang. 


Amanah Sik berpegang kepada prinsip sapa nak jadi calon kena kerja dari bawah. Aku sanjung prinsip Amanah Sik tu. Cuma dalam tulisan aku tentang calon Sik ialah, calon yang dikatakan “cuci kaki”, “calon kroni” dan sebagainya tu bukan tak kerja apa langsung. Bukan dia tak buat apa. Bukan dia tak menyumbang untuk warga Sik. Dia tak kerja dari bawah dengan Amanah Sik tu aku setuju sebab dia bukan ahli Amanah pun sebelum ni.


Mengatakan Amanah mengambil calon cuci kaki, calon kroni memburukkan kepimpinan Amanah sendiri. Seronok burukkan parti sendiri di mata awam. Itu pun hak hangpa la parti hangpa. Apa yang aku tulis dalam tulisan aku tidak sikit pun burukkan parti hangpa.


Leman kata soal kemenangan di Sik adalah faktor calon. Itulah isu yang aku tulis. Aku tulis calon boleh menang bukan aku kata hangpa tak layak. Antara tak layak dengan tak boleh menang adalah dua benda berbeza. Untuk boleh menang tak semestinya calon tu dari Amanah walau pun bertanding atas kerusi Amanah. Bestnya lagi calon yang aku tulis tu memang setuju menjadi ahli Amanah, jadi dia adalah calon Amanah. Politik kawasan perlu diambil kira kata Leman. Tulisan aku mengambil kira politik kawasan bukan saja tulis. Aku bukan tak kenai Sik walau pun aku duduk di KL. 


Aku tak tulis pun nak jadi calon kena ada diploma, degree, phd bagai. Itu bukan isu dalam tulisan aku. Aku tulis mengambil kira faktor calon yang dikatakan cuci kaki. Aku tau kerja buat dia. Aku tau jugak kerja buat Leman dan team Amanah Sik. Bandingan aku antara kerja dia dan kerja Leman, itulah tulisan aku. Aku bukan nak jatuhkan Leman dan Amanah Sik. Tak ada untung pun. Aku nak Amanah menang. Aku nak PH menang.


Publisiti? Calon cuci kaki bukan tak dikenali warga Sik. Orang kenal siapa Sabri Abdul Hamid. Sabri lobi? Sabri ikut pintu belakang? Yang buat keputusan nak Sabri tu kepimpinan Amanah jugak. Kalau kepimpinan Amanah pun dilobi dan ambik calon berdasarkan kroni… aku Cuma nak kata… KESIAN!!! 


Aku dicabar pulak keluar DAP dan sertai Amanah untuk bertanding sebagai calon Ketua Amanah Sik. Hehehehehehe tak perlu la sampai macam tu sekali. Kalau aku nak sertai Amanah, sudah lama aku sertai Amanah. Aku antara orang yang mendesak sebuah parti baru ditubuhkan apabila berlaku penyembelihan beramai2 kepimpinan PAS dulu. Kalau aku nak sertai Amanah, dah lama aku sertai tapi aku tak berasa nak sertai Amanah. Aku juga ada prinsip aku. Haaaaa takut la tu nak lawan Leman…. Aku dulu dapat 7 undi pon Leman yang undi… kah kah kahhhhhh


Terbaru, aku ditawarkan bertanding di DUN Tokai atas tiket Amanah oleh kepimpinan Amanah Negeri. Syaratnya aku mesti mengisi borang menjadi ahli Amanah. Kalau gila sangat nak jadi calon, aku dah isi borang Amanah dan jadi calon cuci kaki jugak di Dun Tokai tapi aku bukan gila sangat. Aku gila sikit ja. Herannya masa aku ditawarkan jadi calon Tokai dan kena isi borang jadi ahli, tak dengaq bunyi pun aku calon cuci kaki. Owhhhhh alasannya Dun Tokai tu memang tak dak calon sebab tu tawarkan kat aku. Kalau aku calon “cuci kaki” pun tak pa. Padan muka aku sbb kalah di Tokai tu nanti. Syok la nanti pakat boleh kutuk aku kata “loya 7 undi tu sanggup masuk Amanah jadi calon di Tokai, kalah pulak tu…. tara tu saja la loyar tu….” hahahahaha kesian kat aku.


Tak perlu la aku isi borang Amanah untuk lawan Leman di Sik tu. Jagalah Amanah Sik elok-elok. Jangan berkelai dengan kawan-kawan. Jangan buat parti macam harta sendiri. Parti hak semua ahli. Sebagai pemimpin parti, dengarlah pendapat orang lain jugak. Macamana kita nak pendapat dan prinsip kita didengar, ahli lain pun sama nak pendapat depa didengar oleh pemimpin. Tahniah dari aku sebab hangpa dah boleh duk sepakat bila jadi isu ni. 


Amanah Sik membawa Politik Unik dengan mengambil kira kuasa mengundi, bukan kuasa kabel kroni – kata Leman. Kesian Amanah Pusat. Guna kabel rupanya. Kesian la hai….. nampaknya inklusif peduli amanah yang jadi slogan Amanah tak seperti yang digambarkan pun. 


Akhirnya, aku ucapkan selamat maju jaya buat Amanah Sik. Semoga Sik menyumbang 1 kerusi untuk membina Malaysia Baru bersama Pakatan Harapan.


ZULHAZMI SHARIFF
Pengundi Parlimen P013 Sik.


——-
Tulisan oleh Sulaiman Ibrahim ataupun Leman RajaLawak seperti dibawah;

Jawapan  kepada penulisan sahabat saya Saudara Zulhazmi 


Saya tertarik dengan penulisan dalam fb Sahabat saya zulhazmi yang di viralkan oleh pihak musuh. Berkenaan calon Parlimen Sik P013.


Untuk pengetahuan sahabat, 


Amanah Sik berjuang untuk mendapatkan kerusi Parlimen atas nama Amanah bukan hanya sekadar meletakkan calon tapi keaadan geografi kawasan Sik ini masih lagi berada ditahap lemah dan Amanah Sik cuba membuat pembaharuan dalam pembangunan, kemajuan dimasa depan termasuk sosial politik dan ekonomi. Sebagai penerangan selaku kita anak kelahiran Sik kepada sahabat sy Zulhazmi, Daerah Sik ini adalah merupakan daerah terbesar di Negeri Kedah dengan keluasan 166,793.67 hektar merangkumi empat (4) mukim iaitu Mukim Sik, Jeneri,Sok dan Mukim Teloi.Sik mempunyai bilangan penduduk seramai 74,420 orang dengan 64.35% (47,890 orang) daripadanya menetap di Mukim Sik/Teloi yang merupakan Pusat Pertumbuhan Utama.



Seramai 16,410 orang (22.05%) di Mukim Jeneri dan seramai 10,120 orang penduduk (13.60%) menetap di Mukim Sok. Dari segi pola gunatanah pula, perhutanan adalah merupakan kategori gunatanah terbesar di Daerah Sik dengan keluasan 123,309.57 hektar atau 73.93% daripada keluasan keseluruhan daerah Sik. Ini diikuti gunatanah pertanian yang meliputi keluasan 31,259.83 hektar (18.74%) dan gunatanah perumahan seluas 5,038.10 hektar atau 3.02%. Gunatanah selebihnya iaitu 7,186.17 hektar (4.31%) adalah merupakan keluasan tanah bagi kategori gunatanah yang lain.Rakyat Sik bergantung pada pendapatan 75% dari hasil pertanian dan getah dan isu ini harus dinaikkan oleh wakil parlimen yang kawasan pilih sendiri melalui proses persetujuan dari ahli dan ajk .Prinsip ini telah diketahui oleh Amanah Negeri dan Nasional.


Amanah Sik memegang pada prinsip bahawa sesiapa sahaja yang ingin menjadi calon dalam Amanah Sik harus bekerja diperingkat bawah dengan menghadapi serta menghadapi permasalahan rakyat bawahan.Wajib merasai denyut nadi rakyat serta menggunakan sentuhan kasih syg kepada rakyat tanpa mengira parti dengan cara Al insan melalui Islam rahmatan lilalamin. Amanah Sik juga memegang prinsip tidak menerima calon Payung Terjun, Cuci kaki atau sailang belakang. Prinsip ini dipegang dan dipraktikkan oleh kami dimana setiap AJK harus bekerja dan seandainya ada ahli atau bakal pemimpin yang layak kehadapan kami akan ketengahkan .Kerusi Parlimen Sik disandang oleh Amanah dan untuk meletakkan calon ialah dari pemilihan kawasan dan seterusnya keperingkat negeri dan nasional.Nasional akan memilih mana2 salah satu calon dengan penilaian laporan yang dahantar oleh kawasan dan Negeri. 


Dalam soal kemenangan di Sik , Faktor calon adalah No 1 berbanding sokongan parti kerana rakyat menilai calon untuk dipilih walaupon ianya dalam satu pakatan. Ianya dilihat pada peratus sokongan pada calon dan lain2 peratus dilihat pada parti. Oleh kerana itu, untuk menjadi kepimpinan dalam Amanah Sik haruslah meletakkan prinsip ini sebagai tunjang utama kekuatan. Amanah Sik sudah bersedia dengan usul perangkaan pembaharuan pada rakyat semenjak Gerakan Harapan Baru ditubuhkan.Konsep politik kasih sayang adalah nadi utama kekuatan Amanah Sik.Jika mengambil kira cara politik sahabat sy zulhazmi di Sik dengan mempersetujui calon lompat , salin baju atau ‘Stunt Candidate’ , maka politik itu akan membawa kepada perpecahan organisasi dari peringkat ahli, jentera dan cawangan2.
Dalam politik kawasan harus diambil kira keseluruhan aspek termasuk keadaan sosial kehendak rakyat disini dan ianya bukan hanya bergantung kepada Tsunami Tun mahathir atau undi protes tetapi touch body calon itu secara menyeluruh.


Dalam keadaan politik di Sik, rakyat menilai bukan pada hanya pada anak kelahiran tetapi cara sentuhan bakal calon. Seandainya calon tersebut kurang dikenali diseluruh Sik , tidak membuat sentuhan bermakna satu kerugian kita meletakkan calon tersebut. Kawasan sik rata2 rakyatnya tidak mempersoalkan berkenaan sijil , degree dan diploma atau pon ustaz/ ulama tetapi faktor2 lain yang boleh menarik pengundi.Dalam menjaga jalinan persahabatan antara Pakatan Harapan Sik juga , perkara seperti calon ini juga diperhalusi dengan sebaik mungkin supaya tidak menjejaskan Pakatan.



Untuk itu, Amanah Sik menolak apa jua teknik calon lompat tanpa perbincangan dari Jawatan Kuasa Amanah Sik. Amanah Sik mempunya organisasi yang sah dari segi perlembagaan dan ianya harus dihormati dengan apa jua cadangan dan keputusan.


Seandainya Amanah Sik meletakkan sahabat Zulhazmi sebagai calon pada PRU14 , kemungkinan besar lagi kita akan kalah dari segi publisiti dan bukti gerak kerja bawahan.Sdr Zulhazmi harus mengambil masa 5 tahun untuk kerja kuat dibawah dengan mendekati orang kampung untuk kemenangan.


Amanah Sik mencalonkan dan memuktamadkan Sdr Azli Uda yang merupakan Anak Mantan ahli Parlimen PAS terdahulu yaitu chegu uda bagi membawa suara rakyat di parlimen memandangkan faktor undian itu meliputi adik beradik dan pengaruh setempat. Oleh kerana itu , Amanah Sik tidak akan berganjak dari prinsip dalam apa jua keadaan.


Perjuangan ini bukan sekadar legasi , bukan sekadar kerusi tetapi ianya harus dinilai integriti. Tidak meletakkan calon yang berkepentingan peribadi mengikut hawa nafsu dan melobi dari belakang melalui peringkat tertinggi. Walaupon keputusan itu berada diperingkat tertinggi untuk memilih siapa calon yang layak, tapi ianya harus menghormati setiap keputusan diperingkat kawasan.


Selagi ketuanya nama ‘Leman Raja Lawan’ bersama dengan AJK yang sentiasa sepakat dalam memegang prinsip, selagi itulah prinsip itu akan dipertahan dan seandainya sahabat sy sdr Zulhazmi ingin menukar prinsip kami, sila keluar parti DAP dan menyertai Amanah Sik sebagai ahli dan kumpulkan kekuatan dan bertanding sebagai calon ketua Amanah kawasan Sik pada mesyuarat agong akan datang. Keterbukaan demokrasi dan adil adalah cara kami .


Amanah Sik membawa Politik Unik dengan mengambil kira kuasa mengundi, bukan kuasa kabel kroni..


Sulaiman Ibrahim
Ketua Parti amanah Kawasan sik



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons