April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR – Pos Malaysia memberi jaminan akan menguruskan undi pos di dalam dan luar negara dengan telus pada PRU-14.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Postal dan Kurier Pos Malaysia, Datuk
Azlan Shahrim berkata, pihaknya sedia memberi jaminan perkhidmatan
terbaik bagi memastikan undi berharga rakyat dapat disampaikan kepada
Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di negeri-negeri.

Katanya, ia secara langsung menepis dakwaan bahawa agensi berkenaan
bersikap sambil lewa dalam menjalankan tugas berkhidmat kepada orang
ramai.

“Ini (undi pos) bukan kali pertama diuruskan Pos Malaysia, kita sudah
banyak pengalaman dan terbabit menguruskan undi pos pada PRU-13 dan PRK
lain.

“(Jadi) tidak timbul isu gagal dalam menjalankan perkhidmatan. Tugas
Pos Malaysia adalah menghantar dan menerima kembali undi pos untuk
diserahkan kepada SPR dengan selamat,” katanya hari ini.

Sementara itu, Nor Azizan menegaskan, Pos Malaysia bekerjasama rapat
dengan SPR untuk memastikan kelancaran pada hari pengundian termasuk
untuk melanjutkan waktu perkhidmatan Pos Malaysia sekiranya hari
mengundi jatuh pada hari minggu atau cuti umum.

Ketika ditanya dakwaan pengundi pos menjadikan peti surat sebagai
peti undi dan bukannya hantar surat undi pos sehingga menyebabkan kertas
undi tidak sampai pada PRU-13, Nor Azizan berkata pengundi perlu
mengikut prosedur lengkap ditetapkan SPR .

“Kami hanya hantar dan poskan kembali undi. Kandungan dalam surat
tidak boleh dibuka, pengundi kena pastikan mereka menggunakan sampul
surat yang diberikan SPR untuk mengelakkan undi mereka ‘tercicir’,”
katanya.

Sementara itu, jumlah pengundi pos dijangka meningkat sekali ganda
pada PRU-14 susulan kerajaan memberi kelonggaran kepada sembilan jabatan
serta agensi yang layak mengundi pos.

Mereka adalah pengundi daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia; Jabatan Penjara;

Jabatan Bomba dan Penyelamat; Jabatan
Kesihatan (hospital dan klinik kerajaan sahaja);

Sukarelawan Polis;
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia; Jabatan Imigresen; Agensi Pengurusan
Bencana Negara dan Jabatan Pendaftaran Negara (yang bertugas di Pusat
Transformasi Bandar sahaja).-MalaysiaGazette



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons