April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Parlimen dibubarkan mulai esok, Sabtu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14. Pengumuman itu dibuat PM Najib Razak secara langsung pada jam 12.00 tengah hari tadi, selepas menghadap dan mendapat diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Turut bersama PM Najib adalah Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri kabinet. Menerusi pengumuman itu, kesemua ketua menteri dan menteri besar kecuali Sarawak untuk menghadap ketua negeri masing-masing untuk mendapat perkenan pembubaran DUN, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya selepas Parlimen dibubarkan. Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh Parlimen dibubarkan, selaras Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan.

#KekalBN #TerimaKasihPM #BarisanProRakyat #NajibRazak



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons