April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUANTAN 6 April – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu supaya Kuala Pahang House (KP House) dijadikan pusat sehenti aktiviti interaksi bagi memasyarakatkan teknologi di Kampung Kuala Pahang, Pekan dekat sini.

Baginda mahu KP House yang dilaksanakan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dijadikan pusat transformasi pengetahuan dan pendidikan dalam kalangan masyarakat sekali gus dijadikan model rujukan serta penanda aras oleh organisasi lain sama ada dari dalam atau luar negara.

“Jika pendekatan KP House dalam agenda Kuala Pahang Facelift 2.0 ini dapat direalisasikan dengan berkesan, saya percaya UMP boleh meneroka peluang baharu di seluruh negeri ini menggunakan pendekatan sama.

“Semua ini sudah pasti memerlukan komitmen tinggi daripada pihak Lembaga Pengarah dan pengurusan UMP bagi mengatur gerak bakat terpelajar dalam kalangan warga universiti ini sekali gus menjadi duta transformasi komuniti selari dengan slogan Memasyarakatkan Teknologi dan Universiti Komuniti,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada majlis Anugerah Cendekia Bitara 2017 UMP di sini malam ini.

Yang berangkat sama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Datuk Seri Ibrahim Ahmad;

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Seri Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyGiftUMP, Datuk Mohd. Nizar Najib.

Pada majlis berkenaan, seramai 94 pensyarah dan staf cemerlang dalam penyelidikan, penerbitan, pengajaran dan pembelajaran menerima anugerah serta pengiktirafan.

Majlis itu turut menampilkan satu lagi bentuk pengiktirafan iaitu Anugerah Akademik Universiti (AAU) yang diberikan kepada warga akademik UMP yang membuktikan ketokohan dan kewibawaan dalam lapangan pengajaran serta pembelajaran. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons