April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, memutuskan untuk keluar dari PKR selepas kecewa dengan konflik dalaman parti itu.

Beliau yang digantung keahlian sejak Ogos 2017 berkata, sudah cukup baginya untuk berada dalam parti itu selama 18 tahun kerana dakwanya, ada pihak dalaman termasuk barisan kepimpinan yang bertindak melancarkan ‘serangan peribadi’ terhadapnya.

“Banyak pihak yang mencemburui, dengki dan tidak puas hati dengan saya…macam-macam mereka lakukan bagi menjatuhkan imej saya dalam parti.

“Sehubungan itu, saya mengambil keputusan untuk keluar parti dan menyertai parti lain kerana saya memerlukan platform untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya dipetik mStar Online.

Manikavasagam berkata, susulan keputusannya itu, beliau akan menyertai sebuah parti pembangkang lain dan pengumuman itu akan dibuat Sabtu ini.

Jelasnya lagi, keyakinannya terhadap PKR ketika ini hanyalah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim serta timbalan presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Jika bukan Anwar, Azmin layak sebagai calon perdana menteri berbanding pihak lain sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14),” katanya yang pernah memikul tanggungjawab selaku Ketua Cabang PKR Kuala Selangor yang ketika itu mempunyai 45 Ranting sebelum keahliannya digantung.

Pada Ogos tahun lalu, PKR menggantung keahlian Manikavasagam selama dua tahun berikutan satu ucapan yang dibuatnya di Kuil Sri Balathandayuthapani, Kapar pada 8 April tahun yang sama.

Manikavasagam mendakwa yang dia telah membuat rayuan berserta penjelasan dalam tempoh 14 hari selepas penggantungan itu, tetapi statusnya sehingga kini masih menjadi tanda-tanya.




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons