April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KEMAMAN: Mutakhir ini
kelihatan sokongan masyarakat Tionghua kepada Parti Islam Se-Malaysia
(PAS) khususnya di Terengganu semakin kembali bertaut.

 

Ini dapat dibuktikan dengan beberapa
siri pertemuan, sambutan Tahun Baharu Cina serta program ramah mesra
antara pimpinan PAS dengan warga Tionghua di beberapa kawasan negeri
ini.

 

Kelmarin, Majlis Tindakan Dun (MTD)
Chukai turut mengadakan Dialog Warga Tionghua Dewan Undangan Negeri
(Dun) Chukai, sempena Himpunan Kekalkan Dun Chukai (HKDC) 2.0, di
hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Chukai, di sini.

 

Dua pimpinan tertinggi parti iaitu
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Pengarah
Pilihanraya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merupakan tetamu khas
majlis dialog tersebut.

 

Dato’ Seri Abdul Hadi berharap agar
pengundi kaum Tionghua di Terengganu ini dapat memberi mandat sekali
lagi kepada PAS memerintah negeri.

 

Ini kerana katanya, hanya PAS yang mampu menunaikan segala janji-janji kepada rakyat setelah parti itu menang pilihan raya.

 

“Saya harap supaya pengundi-pengundi
kaum Tionghua memberi kepercayaan kepada kita (PAS) sekali lagi. Tahun
1999, PAS pernah memerintah negeri Terengganu dan kita (PAS) kalahkan
Menteri Besar (Tan Sri Wan Mokhtar) di sini (Chukai), PAS menang. 

 

“Kita memerintah 1999-2004, masa itu
kita janji macam-macam dan kita buat (tunai) janji kita. Janji pada
semua rakyat, bukan sahaja orang Islam juga orang bukan Islam. Bukan
sahaja orang Melayu termasuk juga orang Cina, orang India.

 

“Ini kerana, Islam ajar kita adil
untuk semua dan Quran suruh kita adil kepada semua. Kalau kita buat
zalim kepada sesiapa sahaja termasuk buat zalim kepada orang Cina pun
kita (Islam) berdosa,” tegasnya ketika berucap pada majlis itu. 

 

Beliau turut mengingatkan warga Tionghua itu mengenai janji-janji Kerajaan PAS Terengganu ketika memerintah satu penggal lalu.

 

“Semasa kita menang dahulu, kita janji
masa pilihan raya nak hapuskan cukai pintu rumah kediaman. Kita buat
sungguh, kita hapuskan cukai pintu rumah kediaman walaupun dalam kawasan
bandar tempat ramai orang Cina. Sebab, rumah tempat tinggal adalah
rukun hidup. 

 

“Semasa itu saya jadi Menteri Besar,
saya diberitahu orang Cina (Chukai) menghadapi masalah untuk (urus)
rumah mayat di Kemaman ini yang tidak boleh diselesaikan oleh Umno, kita
(PAS) selesaikan. 

 

“Banyak lagi perkara yang kita hendak
buat tapi tidak sempat kerana empat tahun sahaja kita (PAS) memerintah
(Terengganu),” ujarnya. 

 

Mantan Menteri Besar Terengganu itu
yakin jika PAS diberi semula mandat memerintah, parti itu mempunyai
pengalaman dan kepakarannya.

 

“Kita juga selesaikan masalah tanah
untuk rumah kediaman dan tanah untuk pertanian. Di Kampung Air Jernih,
Kemasik ada kita beri tanah kepada mereka (Cina). 

 

“Umno-BN yang memerintah lama,
berpuluh tahun tidak bagi (beri) tanah dan kita (PAS) selesai masalah
itu dalam masa empat tahun. Kita dapat menyediakan 60,000 lot tanah
untuk rakyat pada waktu itu di seluruh negeri. 

 

“Zaman Tun Dr Mahathir jadi Perdana
Menteri, dia rampas hak royalti minyak Petroleum Terengganu. Tapi, kita
tetap hapuskan tol di Jambatan Sultan Mahmud walaupun tanpa royalti. 

 

“Cara kita (PAS) selesai masalah
kewangan dengan dikenakan cukai kepada korporat yang besar-besar dan
bukan mengenakan cukai kepada rakyat di bawah. 

 

“InsyaAllah, banyak lagi benda
(perkara) yang kita hendak buat dengan syarat beri kepercayaan kepada
kita (PAS) untuk memerintah negeri dan negara ini pada PRU14,” jelasnya
dihadapan lebih 400 warga pengundi Cina di Dun Chukai. HARAKAHDAILY



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons