April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Pelancaran Manifesto BN PRU14 merupakan isyarat semboyan awal BN  merupakan isyarat kepada pembangkang Pakatan Harapan yang pasti membuat mereka panas punggung dan meroyan di media sosial 

Antara kejutan semasa ucapan pengumuman Manifesto ialah 

1. Isi Rumah RM 3,000.00 ke bawah, pemberian yang sepatutnya mendapat RM 400 pada bulan Jun akan digandakan RM800. Jumlah keseluruhan meningkat dari RM1,200.00 kpd RM2,000.00.

2. Bagi isi rumah RM 3,000.00 -RM 4,000.00, pemberian BR1M pada Jun akan digandakan dari RM300.00 kepada RM600.00.

3. Bagi individu bujang pendapatan RM2,000.00 ke bawah, pemberian BR1M akan ditambah RM150.00 lagi pada Jun. Menjadikan dari RM450.00 kepada RM600.00

4. Kategori Baru BR1M. Pendapatan rakyat RM4,000.00 ke RM5,000.00 akan mendapat pemberian BR1M sebanyak RM700.00 dan dibayar dua kali.

5. Bantuan One Off RM1,500.00 kepada anak- anak penerima BR1M yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT.

BR1M merupakan antara bantuan kerajaan kepada rakyat paling dibenci Mahathir dan penyokongnya  hingga dituduh ambil duit itu sebagai HARAM .

Jadi , tidak mengejutkan   mereka menyerang posting di twitter dan facebook penyokong BN dengan berkata #MoneyFesto dan Cash Is King .  Kita tunggu esok kenyataan pemimpin mereka pulak .

Sekurang-kurangnya peningkatan duit BR1M ini serta ditambah kepada kategori baru menunjukkan kerajaan BN mahu berkongsi hasil kekayaan negara kepada rakyat berpendapatan rendah dan terbaru M40  bukan seperti zaman Mahathir yang banyak  membailout wang negara kepada syarikat kroni dan anaknya sehingga menjadi kaya raya . 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyatakan ikrar Barisan Nasional (BN) untuk membangunkan semua negeri dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak supaya tidak ada kawasan serta rakyat ketinggalan.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, BN akan terus memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama mahu pun darjat atau warna kulit.

“Di sisi BN, setiap rakyat adalah penting dan memastikan rakyat kecapi hidup lebih baik untuk masa depan.

“Kita ada aku janji khusus untuk setiap negeri,” katanya berucap pada majlis pelancaran manifesto BN di Stadium Arena Axiata Bukit Jalil di sini, malam ini.

Untuk Selangor, katanya, BN akan memastikan masalah air yang membelenggu rakyat disiasat dan diselesaikan, selain membina 60,000 rumah mampu milik dan kos rendah di Pulau Pinang.

“Bagi Kedah, BN berjanji akan membangunkan zon ekonomi di Bukit Kayu Hitam dan di Perlis, BN akan membangunkan kawasan Lembangan Sungai Perlis dari Kangar ke Kuala Perlis, ” katanya.

Beliau berkata, BN berjanji menaik taraf lebuh raya PLUS Yong Peng ke Johor Bahru dari empat lorong menjadi enam berikutan kesesakan di kawasan berkenaan sebagai aku janji Johor.

“Bagi Melaka, BN menjanjikan pembinaan lebuh raya Kuala Linggi-Masjid Tanah-Klebang-Teluk Mas bagi mengatasi kesesakan akibat pembangunan pesat.

“Untuk Negeri Sembilan, Malaysia Vision Valley akan diperhebatkan dan diperkasakan lagi, ” katanya.

Bagi dua negeri di Pantai Timur, Najib berkata, BN berjanji membina Lebuh Raya Kuala Nerus-Tempus manakala di Kelantan jika BN diberi mandat, pembinaan Lebuh Raya Gua Musang-Kota Bharu akan dipercepatkan.

Untuk Wilayah Persekutuan BN berjanji membina lebih banyak kawasan projek pembaharuan bandar dan pembangunan semula seperti kediaman RUMAWIP.

BN juga berjanji membina lapangan terbang baharu di Seri Iskandar manakala untuk Pahang penambahan peruntukan rumah mampu milik dan kos rendah serta rumah untuk generasi kedua FELDA.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons