April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SEREMBAN 7 April – Polis menggunakan istilah ‘hotspot’ untuk kawasan tertentu di negeri ini sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi membolehkan tumpuan lebih banyak diberikan oleh pasukan keselamatan di situ.



MUHAMAD ZAKI HARUN

MUHAMAD ZAKI HARUN

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ia sama sekali tidak bermakna bahawa kawasan berkenaan adalah tidak selamat dan mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

Katanya, polis telah pun memberi jaminan bahawa keselamatan orang awam akan terus menjadi keutamaan pasukan itu daripada ancaman mana-mana pihak tanpa mengira sesiapa pun.

“Jadi orang ramai boleh menjalankan kegiatan mereka seperti biasa serta mengikuti aktiviti berkaitan pilihan raya mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

“Jangan bimbang dengan hotspot kerana ia hanyalah istilah yang digunakan untuk pasukan polis sahaja,” katanya kepada para wartawan selepas merasmikan Jom Ronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Senawang dekat sini malam ini.

Yang turut hadir, Pengarah JPNIN negeri, Salasiah Hashim dan Penaung Jawatankuasa Permuafakatan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon 1 Daerah Seremban, Datuk Mohammed Najeeb Abdullah.

Muhamad Zaki memberikan contoh dengan membandingkan pusat mengundi yang mempunyai jumlah pengundi besar berbanding kawasan lain dengan bilangan pengundi yang kecil.

“Sudah tentu pusat mengundi dengan jumlah pengundi beratus-ratus orang diberi perhatian lebih besar berbanding pemilih tidak sampai 100 orang,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons