April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


DAP Perak akan mencalonkan Abdul Aziz Bari yang seringkali mereka labelkan sebagai ‘Pakar Perlembagaan Negara’ bagi membolehkannya menjadi Menteri Besar Perak sekiranya Pakatan Harapan berjaya mengambilalih pentadbiran negeri itu pada PRU kali ini. 

Aziz Bari difahamkan akan diletakkan di DUN Tebing Tinggi menggantikan Ong Boon Piow yang menang buat kali pertama pada tahun 2008 tetapi dikatakan, tidak lagi berminat untuk meneruskan kerjaya politiknya. 

Aziz Bari dilihat sebagai calon yang paling sesuai dan diharapkan dapat menjalin hubungan yang baik dengan Istana Perak walaupun banyak pendapat yang mengatakan, keputusan berkenaan adalah salah. 

Ini adalah kerana sudah beberapa kali Aziz Bari memperlihatkan sikap dan pendirian sebenarnya terhadap Institusi Raja-Raja Melayu. Malahan ketika dia di Selangor, KDYMM Sultan Selangor enggan memperkenankannya untuk menduduki kerusi Ahli Majlis.

Keputusan mencalonkan Aziz Bari turut mendapat tentangan daripada PPBM Perak yang melihat tindakan tersebut sebagai helah DAP untuk menguasai Perak dengan mempergunakan PPBM, PAN dan PKR.

Selain Aziz Bari, berlaku perubahan besar dalam struktur DAP di Perak. 

Sumber membuat spekulasi bahawa Ketua DAPSY Perak Wong Kah Woh akan meninggalkan DUN Canning untuk pendatang baru iaitu Setiausaha DAPSY Jenny Choy. Wong Kah Woh akan mengambil alih kerusi Parlimen Ipoh Timur daripada Thomas Su. 

Ketua Biru Pembangunan Ekonomi DAP Perak Chong Zhemin dipercayai akan bertanding di DUN Keranji  menggantikan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming di Taiping. 

Nga Kor Ming sebaliknya akan bertanding di Teluk Intan dalam usaha untuk menjatuhkan Presiden GERAKAN Mah Siew Keong yang telah memenangi kerusi tersebut pada tahun 2014 dengan mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dalam satu pilihanraya kecil. 

Dyana Sofya bagaimanapun, tidak akan dicalonkan kerana pucuk pimpinan DAP menganggap, pencalonannya akan lebih memudahkan pihak lawan ekoran pertunangannya dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.

Penasihat DAP Perak, Ngeh Koo Ham juga akan meninggalkan Parlimen Beruas untuk menggantikan Ahli Parlimen Kampar Ko Chung Sen yang dipercayai akan bersara. Pembantu Setiausaha DAP Perak, Paul Yong Choo Kiong dijangkakan akan menggantikan Ngeh di Beruas. 

Bagaimanapun, Ngeh akan kekal mempertahankan kerusi DUNnya di Sitiawan.  

Kebimbangan yang diluahkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Perak yang juga merupakan Pengerusi PPBM Perak, Faizal Azumu beberapa hari lalu agar DAP tidak meletakkan calon-calon Melayu mereka di Perak bagi mengelakkan persepsi ramai bahawa DAP sebenarnya berhajat untuk menguasai jawatan Menteri Besar Perak, ternyata benar. (RUJUK SINI)

Walaupun DAP akan bertanding menggunakan logo PKR, sama seperti calon-calon dari PPBM, PKR sendiri mahupun PAN, hakikatnya yang berkuasa sepenuhnya adalah DAP!



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons