April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PPBM DAP, PAN dan PKR sebulat suara sudah bersetuju untuk menggunakan satu logo untuk PRU 14 dan logo PKR menjadi pilihan terakhir mereka.

Lim Guan Eng seperti PRU 2008 dahulu bersikap rendah diri demi menagih simpati ahli DAP dan khususnya rakyat Malaysia untuk mengundi calon-calon D AP walaupun mereka terpaksa memangkah kertas undi yang menggunakan logo PKR. Undi DAP tidak akan terjejas walaupun mereka guna logo pokok pisang dan sebagainya.

Pada PRU 2008 Lim Guan Eng dengan rendah diri menyatakan parti DAP tidak lah sekuat BN. Kami bertanding kerana mahu mengurangkan majoriti BN sahaja.

Dalam diam Dap telah menyusun strategi memindahkan pengundi ke Pulau Pinang sehinggakan jumlah pengundi Dap melebihi jumlah penduduk cina di negeri tersebut.  Pada PRU 13 Proses yang sama juga dilakukan di Johor sehingga Lim Kit Siang menang besar di Gelang Patah menewaskan calon BN iaitu Abdul Ghani Othman mantan menteri besar Johor.

PRU 13 juga kita lihat DAP tidak banyak mengibarkan bendera mereka berbanding rakan sekutu  iaitu  PKR dan PAS.

PAS boleh dianggap juara dalam mengibarkan bendera parti, namun parti PAS mendapat undi paling rendah berbanding PKR dan DAP.  Pada hal PAS adalah penyumbang kepada kemenangan PKR dan DAP.

Kali ini PAS sudah tidak bersama DAP dan PKR lagi, maka undi Melayu sememangnya terjejas buat DAP dan PKR, tetapi undi Cina DAP akan kekal memihak kepada DAP.

#BNperak



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons