April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA TERENGGANU 8 April – Pemain tenis negara, Hayden Khoo Menon muncul juara Kejohanan Pertama Tenis Remaja ATF Bawah 14 setelah menumpaskan lawan dari Slovakia, Kristian Janci dalam final di Kompleks Tenis Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Padang Hiliran di sini hari ini.

Khoo Menon, 13, yang merupakan anak kepada pasangan lagenda tenis negara, Suresh Menon dan Chin Bee Khoo mengambil masa sejam 15 minit untuk menang straight set 6-2, 6-2.

Ketika ditemui selepas perlawanan itu, dia mengakui terkejut kerana berjaya melepasi halangan di pusingan pertama dan seterusnya dengan mudah meskipun kejohanan itu disertai ramai pemain hebat dari luar negara.

Pemain berasal dari Selangor itu berkata, bermula awal dalam banyak kejohanan peringkat Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) membolehkannya mendapat lebih banyak pendedahan dan pengalaman.

“Perancangan saya selepas ini adalah menyertai kejohanan di Australia yang dijadual berlangsung bulan ini (April),” katanya yang mendapat bimbingan bapanya, Suresh ketika ditemui sejurus memenangi perlawanan itu.

Dalam aksi final wanita, pemain Malaysia, Shihomi Li Xuan Leong bagaimanapun tewas kepada peserta Hong Kong, Lok Shu Tang 6-3, 6-3.

Bagi beregu lelaki pula, pasangan Yimin Gong / Yuan Liang Li (China) menewaskan Ludvig Denker / Kristian Janci (Slovakia) 6-2, 6-1.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu dan yang turut hadir, Timbalan Presiden Persatuan Tenis Terengganu (PTT) merangkap pengurus kejohanan, Hashim Ibrahim.

Kejohanan tujuh hari yang bermula 2 April lalu itu disertai kira-kira 120 pemain tenis dari rantau Asia dan dalam pusingan utama menyaksikan 64 peserta bersaing yang melibatkan 32 atlet lelaki dan 32 wanita. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons