April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Manifesto BN yang diumumkan PM Najib Razak ternyata bersifat menyeluruh dan semestinya bakal dimanfaat oleh semua lapisan masyarakat. Perkara ini terbukti apabila beliau berjanji akan menyelesaikan masalah yang dihadapi di negeri pembangkang. Khususnya masalah air di Selangor selain membina 65,000 rumah mampu milik di Pulau Pinang. 

“Bagi Kedah, BN berjanji akan membangunkan zon ekonomi di Bukit Kayu Hitam dan di Perlis, BN akan membangunkan kawasan Lembangan Sungai Perlis dari Kangar ke Kuala Perlis, ” katanya. Manakala di Johor pula, Lebuh Raya PLUS Yong Peng akan dinaik taraf daripada empat lorong ke enam lorong. Melaka juga dijanjikan pembinaan lebuh raya Kuala Linggi-Masjid Tanah-Klebang-Teluk Mas.

Bagi Negeri Sembilan pula Malaysia Vision Valley dijanjikan untuk diperhebat dan diperkasakan. Negeri-negeri Pantai Timur bakal menyaksikan pembinaan Lebuh Raya Kuala Nerus-Tempus, manakala pembinaan Lebuh Raya Gua Musang-Kota Bharu akan dipercepatkan. Pahang pula kerajaan BN akan mewujudkan penambahan peruntukan rumah mampu milik dan kos rendah serta rumah untuk generasi kedua FELDA.

Manakala di Wilayah Persekutuan akan menyaksikan pembinaan lebih banyak kawasan projek pembaharuan bandar dan pembangunan semila seperti kediaman RUMAWIP.

#manifestoBN

#hebatkannegaraku

#bnprorakyat



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons