April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUCHING 9 April – Barisan Nasional (BN) Sarawak melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan enam teras khusus bagi rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, manifesto tersebut adalah bagi melengkapkan lagi Manifesto BN yang dilancarkan oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin.

Abang Johari yang juga Pengerusi BN negeri berkata, matlamat utama manifesto tersebut ialah mahu memastikan aspirasi rakyat Sarawak menjadi realiti dengan enam teras berkenaan.

“Kita juga akan terus mentransformasikan Sarawak menerusi ekonomi digital,” katanya berucap dalam Majlis Pelancaran Manifesto BN Sarawak PRU-14 di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden PBB merangkap Pengarah Operasi Jentera BN Sarawak PRU-14, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Senator Prof. Datuk Dr. Sim Kui Hian; Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing dan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing.

Hadir sama, Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Ketua Wanita BN negeri, Datuk Fatimah Abdullah dan Ketua Pemuda BN negeri, Gerald Rentap Jabu.

Berikut adalah enam teras terkandung dalam Manifesto BN Sarawak PRU-14 :

1. Kami akan Terus Melindungi Hak-hak Kita dan Memelihara Keharmonian dan Perpaduan

2. Kami Akan Terus Menyediakan Kemudahan dan Peluang Pendidikan yang Lebih Baik

3. Kami Akan Terus Mempertingkatkan Transformasi Luar Bandar

4. Kami Akan Terus Meningkatkan Kualiti Hidup Rakyat Kita

5. Kami Akan Terus Mewujudkan Peluang-Peluang Baharu untuk Kemajuan dan Kemakmuran Berterusan

6. Kami Akan Terus Mengamalkan Tadbir Urus yang Baik dan Berintegriti



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons