April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


GOLD COAST 9 April – Insiden bergesel dengan peserta dari England memusnahkan impian Rayzam Shah Wan Sofian untuk beraksi dalam pusingan akhir acara lari berpagar 110m.

Bermula dengan baik di lorong kedua dalam saringan kedua peringkat kelayakan, larian Rayzam Shah terganggu di pertengahan perlumbaan apabila tangannya bergesel dengan David King yang berlari di lorong ketiga.

Hasilnya dia hanya mampu melepasi garisan penamat dengan masa 14.03 saat, jauh daripada catatannya 13.83s ketika memenangi pingat emas Sukan SEA Ogos lalu. Catatan terbaik peribadinya pula adalah 13.67s yang merupakan rekod kebangsaan.

Saringan itu dimenangi oleh Hansle Parchment dari Jamaica dengan masa 13.30s diikuti rakan senegaranya Ronald Levy (13.35s) manakala Milan Trajkovic (13.36s) dari Cyprus ketiga.

Tiga peserta daripada setiap saringan di pusingan pertama layak secara automatik ke pusingan akhir dengan tambahan dua peserta terpantas seterusnya. Daripada dua saringan, Rayzam menduduki tempat ke-12 keseluruhan.

Rayzam Shah berkata, dia yakin peluangnya untuk ke pusingan akhir mampu dicapai dan matlamatnya dalam pusingan awal adalah menduduki tempat ketiga.

“Saya sudah berusaha yang terbaik. Catatan 14.03s sangat mengecewakan saya tetapi itu sahaja yang termampu.

“Permulaan saya agak baik tetapi bergesel dengan atlet England di pagar ketiga. Insiden itu menyebabkan fokus saya terganggu dan rentak larian mula terjejas,” kata atlet dari Sabah itu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons