April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


NUSAIBAH IBRAHIM

 

 

TITIWANGSA: Pembangunan
seharusnya menjadikan penduduk sebagai elemen utama dan ianya
dinikmati, bukannya memangsakan dan mengerah pindah dari penempatannya.

 

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan,
Mohamad Nor Mohamad menegaskan demikian ketika menyatakan pandangan
terhadap rancangan memajukan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

 

Menurutnya, Kampung Baru adalah
penempatan tradisi di tengah-tengah ibu kota, namun suatu hari nanti
ianya mahu dimajukan dengan bangunan pencakar langit.

 

“Penduduk wajar mendapat manfaat dari
pembangunan dihasilkan dan bukan hanya memandang dari jauh,” ujarnya
pada ceramah di PASTI Al-Fatih, di sini semalam.

 

Manakala Ketua dan Naib Ketua Ulamak PAS
Wilayah Persekutuan, Ustaz Md Ali Jamil dan Ustaz Abdul Hadi Abdul
Halim dalam ceramah mereka menggariskan tawaran-tawaran PAS.

 

Manifesto tersebut dibentang dan dikupas mereka kepada hadirin yang kelihatan berpuas hati dengan tawaran berkenaan.

 

Turut diadakan sempena ceramah tersebut adalah jualan murah melalui gerai-gerai yang dibuka sempenanya. – HARAKAHDAILY



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons