April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


THE MALAYSIAN TIMES

 

IPOH:
Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman diarahkan oleh Mahkamah
Tinggi Ipoh supaya membayar cukai pendapatan individu bagi tempoh lima
tahun yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM4.6
juta sebelum 21 Mei ini.

Arahan penyelesaian di luar mahkamah itu dikeluarkan Pesuruhjaya
Kehakiman Anselm Charles Fernandis selepas tuntutan itu difailkan oleh
Peguam LHDN Nor Hidayah Mohd Anas dalam kamar hakim.

Dalam penyataan tuntutan LHDN itu, Hasmiza atau dikenali Datuk Seri
Vida dikehendaki membayar kepada LHDN mengikut Subseksyen 91(1) Akta
Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2011 hingga 2015 berjumlah
RM4,686,435.79.

Datuk Seri Vida bagaimanapun tidak hadir dan hanya diwakili peguamnya, Zailan Mohamed dari Zailan & Associates.

Zailan ketika ditemui pemberita memaklumkan perbincangan akan
diadakan dengan LHDN bagi mengadakan pengstrukturan semula bayaran
tuntutan berkenaan dan anak guamnya akan menyelesaikan tuntutan itu
dalam tempoh ditetapkan.

Sementara itu Nor Hidayah menjelaskan LHDN sebelum ini ada mengadakan
perbincangan dengan Datuk Seri Vida namun beliau gagal mematuhi
perbincangan bersama yang dibuat sebelum ini berhubung bayaran cukai
secara ansuran dan menyebabkan tuntutan dibuat di mahkamah.

Menurutnya, kes tuntutan itu akan berjalan pada 21 Mei ini sekiranya
pengasas produk kecantikan itu gagal mengadakan perbincangan dan
menyelesaikan tuntutan cukai pendapatan individu itu dalam tempoh
ditetapkan.— Bernama



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons