April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Mengambil
maklum perhimpunan Perlancaran Jentera PKR yg bertempat di Paya Jaras
malam tadi, saya mewakili 327227 ahli akar umbi Parti Amanah Negara
Tanah Air Tercinta bagi Kawasan Parlimen Sungai Buloh dengan ini
menyatakan keberangan kami dengan tindakan Timbalan Presiden PKR yang
juga merangkap MB Selangor (sehingga semalam) untuk #kekalkhairuddin
yang baru melompat dari PAS ke partinya malam tadi.

Ini adalah satu tindakan tidak bermaruah dan tidak setiakawan oleh
PKR kerana sebelum ini telah pun disepakati dalam perbincangan peringkat
negeri bahawa DUN Paya Jaras ini diperuntukkan untuk parti kami dan
bukannya untuk PKR.

Barang harus diingat parti kami mempunyai bilangan ahli akar umbi
terbesar di kawasan ini berbanding PKR. Kami telah giat menarik
ahli-ahli PAS yang mengundi Khairuddin yang menyebabkan beliau menang
dalam PRU yang lalu sehingga PAS lumpuh di kawasan ini.

Kami juga telah mempunyai calon yang lebih layak untuk bertanding di
kawasan yang telah giat berkempen di merata ceruk dalam DUN Paya Jaras
sejak 2 tahun kebelakangan ini.

Justeru tindakan untuk mengekalkan Khairuddin yang baru melompat itu
kami anggap sebagai satu tindakan mensabotaj parti kami oleh PKR.

Berapa banyak lagi harus parti kami berkorban untuk mengikut telunjuk
PKR? Disuruh menerima ‘bapak perompak negara’ sebagai ketua
menggantikan DSAI dalam Pakatan, kami terima.

Disuruh menggunakan logo PKR untuk PRU kali ini, kami juga terima.
Kini kerusi yang sudah pun dijanjikan kepada kami, yang telah kami
berusaha bersungguh-sungguh menawannya pula mahu diserah kepada si
pelompat yang hanya melompat setelah tidak dicalonkan lagi oleh parti
lamanya.

Jika ini bukan tindakan pengkhianatan oleh PKR, apa lagi mahu disebut?

Justeru kami ahli akar umbi Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta
kawasan Parlimen Sungai Buloh dengan ini bertegas dan menolak dengan
keras kempen Kekal Khairuddin.

Kami juga mendesak agar PKR tidak meletakkan sebarang calon di
parlimen ini atau berdepan tindakan sabotaj dari 327227 ahli akar umbi
parti kami di sini.

Sekian, harap maklum

Dr. Ustaz Mohd Habib Al intani
Yang Di Pertua,
Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta
Kawasan Parlimen Sungai Buloh
1.05pm | Isnin, 9/4/2018



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons