April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


THE MALAYSIAN TIMES

 

GEORGE TOWN:
Setelah meninggalkan DAP, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau
Pinang kawasan Sungai Pinang Teh Yee Cheu akan cuba mempertahankan
kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti tetapi atas tiket
Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Anggota Jawatankuasa PSM Choo Chon Kai berkata ini merupakan kali
pertama PSM bertanding di Pulau Pinang dan akan hanya bertanding satu
kerusi itu sahaja.

“Teh bukan sahaja menepati kriteria yang kami tetapkan, tetapi kami
juga percaya Teh merupakan calon yang berwibawa yang boleh membina kuasa
rakyat dan mencapai agenda keadilan sosial,” katanya dalam sidang media
di sini.

Beliau berkata Teh akan bertanding sebagai calon individu kerana
menurut tradisi parti beliau perlu membuat persediaan asas di Sungai
Pinang sekurang-kurangnya dua tahun sebelum dapat diterima sebagai
anggota parti.

Teh yang juga hadir dalam sidang media itu berkata beliau mahu
bertanding atas tiket PSM kerana mendapati hanya PSM yang benar-benar
sanggup memperjuangkan keadilan sosial.

Beliau berkata sekiranya menang beliau akan menggalakkan masyarakat
di Sungai Pinang menyuarakan kebimbangan mereka dan PSM akan membawa apa
yang disuarakan itu kepada kerajaan negeri.

Teh secara rasmi meninggalkan DAP semalam.– Bernama



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons