April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Isu  siapa  calon mahu bertanding di DUN Penanti semakin ke kemuncak bila mana DAP memberi tekanan kepada PKR bagi menyingkirkan Dr Norlela Arifin daripada  bertanding di PRU14. 

Biarpun beliau tegas tidak mahu tunduk , tetapi dominasi DAP di P.Pinang tentu akan memberi tekanan kepada PKR yang akhirnya akan menampilkan calon baru  antaranya orang luar iaitu  Penasihat Strategik Ketua Menteri Datuk Saifuddin Nasution .  Calon payung terjun ini dikatakan akan diletakkan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 menggantikan Datuk Rashid Hasnon yang akan bertanding di negeri asalnya Johor . 

Pastinya ia memberi peluang cerah kepada Barisan Nasional bagi merampas kembali DUN berkenaan yang tewas pada PRU12 2008 . UMNO Pulau Pinang  di PRU14 menyasarkan 15 kerusi DUN dan akan memberi fokus kepada kawasan ini .

Barisan Nasional dijangka akan meletakkan calon anak jati Penanti iaitu bekas Calon PRK Permatang Pauh 2015 iaitu Sdr Suhaimi Bin Sabudin.  

Dengan gerak kerja kepimpinan Barisan Nasional diketuai Datuk Hj Mohd Zaidi Hj Mohd Said melalui pasukan Team Zaidi nya selama hampir 4 tahun , tidak mustahil  DUN Penanti mampu kembali semula kepada BN selain fakta pertandingan 3 penjuru yang turut disertai PAS . 

PULAU PINANG – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, Dr. Norlela Ariffin menegaskan tidak akan tunduk dengan tekanan DAP supaya beliau meninggalkan kerusi DUN Penanti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sebaliknya, Norlela berkata, beliau akan tetap mempertahankan kerusi DUN itu yang dimenanginya pada PRU-13 dan berharap pemimpin PKR Pusat merestui hasratnya itu.

Dalam masa sama, Norlela mengakui mengetahui saranan DAP kepada PKR Pusat supaya beliau bertanding di DUN Kajang sejak tahun lalu namun tidak pernah bersetuju dengan permintaan tersebut.

“Memang betul rumah dan keluarga saya di Kajang, tetapi perlu faham kawasan itu majorinya pengundi Cina, jadi lebih sesuai jika diletakkan calon kaum Cina.

“Lagipun saya sudah menetap di Penanti sejak kira-kira tiga tahun lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ketika ini, timbul desas-desus Norlela mungkin tidak akan dicalonkan untuk mempertahankan kerusi DUN Penanti yang dimenanginya pada PRU-13 dengan kelebihan 2,339 majoriti undi.

Perkara itu bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan Norlela dilihat sebagai liabiliti kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana sering mengkritik dasar kerajaan negeri terutama ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Malah, beliau juga pernah menangis ketika sidang DUN dua tahun lalu kerana mendakwa Kerajaan DAP Pulau Pinang mengabaikan kebajikan penduduk di kawasannya.

Difahamkan, kerusi DUN Penanti akan diberikan kepada Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang kembali bertanding di negeri ini bagi membuka laluan kepadanya memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri 1.

Sementara itu, ditanya sekiranya PKR Pusat turut bersetuju dengan DAP supaya beliau ditukarkan ke kerusi DUN Kajang, Norlela berkata, beliau belum memikirkan langkah selanjutnya yang akan diambil.

Tambahnya, beliau juga tidak dapat mengulas lanjut sekiranya PKR Pusat bersetuju dengan cadangan DAP itu kerana perkara tersebut berada di luar kawalannya.

“Buat masa ini saya dan pasukan saya mahu berehat terlebih dahulu,” katanya. – theRakyat



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons