April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Dah ketandusan calon sangat ke Parti Amanah Negara (PAN) ni sehingga parti itu terpaksa ambik orang luar untuk menjadi calon yang nak bertanding di Parlimen Temerloh dalam PRU akan datang?

Kalau diikutkan, ramai lagi pemimpin parti itu yang layak untuk ditampilkan sebagai calon bagi kawasan Parlimen yang pada ketika ini disandang oleh Si Nasaruddin Hassan Tantawi tu.

Kenapa tidak PAN mencalonkan Syed Hamid, Timbalan Pengerusi Pahang sebagai calon di kawasan Parlimen tersebut sedangkan bekas ADUN Semantan itu mempunyai pengaruh yang besar?

Nampak gayanya PAN cuba menidakkan orang tempatan sebagai calon mereka sendiri hanya semata – mata untuk memberi laluan kepada orang luar menjadi wakil rakyat di Temerloh.

Kalau dipilih calon yang sesuai tahan juga. Tapi PAN memilih seorang calon yang kerap kali melompat parti mengikut kehendak semasa. Sekajap PKR, sekejap melompat masuk PAS. Sekarang jadi Setiausaha PAN.

Nampak sangat orang seperti ini tidak mempunyai pendirian yang kukuh. Kalau PAN pilih Syed Hamid, setidak – tidaknya bekas ADUN Semantan tu tau juga nak menjaga kebajikan orang kampungnya sendiri jika nak dibandingkan dengan orang dari Perlis!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons