April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 10 April – Semua sekolah dalam negara diberi cuti peristiwa khas pada 9 Mei yang merupakan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, 6,941 sekolah juga akan dijadikan pusat mengundi pada hari berkenaan.

“Cuti adalah kepada semua sekolah kecuali Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Pendidikan Daerah, mereka bekerja,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah ke-57 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin.

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan antara lain tarikh pengundian PRU-14 ditetapkan pada 9 Mei manakala tarikh penamaan calon pada 28 April dan pengundian awal adalah pada 5 Mei.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari. – BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons