April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Muhammad Azizul Osman
 
Penasihat
Kelab Ekspedisi Ke 7 Benua Penjelajahan Gran Slam Malaysia 2017, Datuk
Akmar Hisham Mokhles bercakap pada Majlis Pelancaran Ekspedisi Ke 7
Benua Penjelajahan Gran Slam Malaysia 2017 di Bangunan Perdana Putra,
Putrajaya. foto IQBAL BASRI
 

KUALA LUMPUR – Desas desas di Parlimen Parit mengatakan
penyandang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di kawasan itu, Datuk
Mohd. Zaim Abu Hassan akan memberi laluan kepada orang muda pada PRU-14.
Nama Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akhmar Hisham Mokhles hangat diperkatakan bakal menggantikan Mohd. Zaim.
Biar pun masih menjadi teka-teki namun dapat dilihat daripada
kenyataan Mohd. Zaim jelas menunjukkan beliau menerima apa sahaja
keputusan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak.
“Beginilah, kalau ditanya semua orang (nak bertanding) semua akan kata ya, itu memang lumrah manusia.
“Jadi, biarlah pucuk pimpinan yang tentukan terbaik untuk saya dan
Parit, saya tidak berhak ulas soalan ini,” katanya sebagaimana
dilaporkan hari ini.
Akhmar, 46 tahun dikategorikan sebagai calon muda yang boleh mengekalkan penguasaan BN di Parit.
Anak tempatan kelahiran Kampung Baru Parit dan bekas wartawan Utusan
Malaysia itu juga dikatakan giat berkempen sejak tahun lalu lagi malah
turut mendapat restu pemimpin bahagian UMNO Parit.
Berdasarkan akar umbi, pengundi Parit menyokong penuh calon anak muda yang mampu ‘meremajakan’ kawasan itu.
Pada PRU-13, Parlimen Parit kekal milik BN apabila Mohd. Zaim
mendapat majoriti 4,497 mengalahkan calon Pas, Muhammad Ismi Mat Taib
yang hanya meraih 11, 756 undi. – MalaysiaGazette



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons