April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini menyerahkan
kereta rasmi kepada kerajaan negeri susulan pembubaran Dewan Undangan
Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau dilaporkan akan pulang ke rumah dengan menaiki kereta perkongsian tumpang yang dipesan melalui aplikasi Grab.

“Selepas menyerahkan kunci kereta secara rasmi kepada kerajaan
negeri, MB Azmin berkata beliau akan mengambil Grab untuk pulang ke
rumah,” menurut Twitter wartawan Channel News Asia, Melissa Goh yang
diulang ciap oleh Azmin.

Menurut Facebook Azmin, beliau dan exco menyerahkan kenderaan rasmi itu kepada setiausaha kerajaan negeri Selangor.

Azmin yang juga timbalan presiden KEADILAN itu akan kembali ke litar
kempen sebagai penyandang kerusi Parlimen Gombak dan penyandang kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

Mengikut undang-undang, dengan pembubaran sesebuah DUN, seorang
menteri besar dengan sendirinya menjadi “menteri besar sementara”,
sehinggalah kerajaan baru dibentuk dan ketua eksekutif baru dilantik.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons