April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Muhammad Arif Ismail

Ketua Srikandi PPBM menyerah borang menyertai PAS Ketua Muslimat Kota Bharu, Rohani Ibrahim.

 

 

KOTA BHARU:
Bekas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kota Bharu
mengakui terpaksa menggunakan duit poket sendiri bagi mewujudkan parti
itu.

 

Bekas Naib Ketua PPBM Kota Bharu, Mohd
Nor Hashim Che Min berkata, parti itu sejak peringkat awal lagi berdepan
masalah kewangan bagi menggerakkan parti.

Katanya, setiap parti memerlukan dana untuk memastikan pengurusan parti berjalan lancar terutamanya jentera pilihan raya.

 

“Tetapi apabila dana itu tidak ada macam mana kita hendak menjalankan kerja. Ini menyebabkan saya sedikit dukacita.

 

“PPBM bukan parti seperti PAS yang tidak
ada duit sejak dahulu lagi. Pimpinan PAS juga tidak seperti pimpinan
PPBM yang lahir dari Umno, merupakan parti kaya dan pemimpinnya juga
kaya.

 

“Sepanjang berada bersama parti itu duit
tidak turun ke bawah. Saya kesian kepada bahagian dan jentera yang
melakukan kerja di peringkat akar umbi.

 

“Kadang-kadang mereka terpaksa
mengeluarkan dana sendiri, jadi inilah yang saya rasa seolah-olah
berlaku penindasan,” katanya di sini.

 

Menurutnya juga mana-mana ketua bahagian PPBM orang yang tiada duit, bahagian itu akan berdepan masalah.

Baru-baru ini PPBM dibubar sementara
oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan akibat kelemahan pentadbiran dan
bantahan daripada ahli parti itu sendiri. HARAKAHDAILY 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons