April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


THE MALAYSIAN TIMES

 

ISKANDAR PUTERI: Barisan Nasional (BN) Johor telah memuktamadkan senarai calonnya yang akan bertanding pada Pilihanraya Umum ke-14.

Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara
itu telah diputuskan selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN di Sri Perdana semalam, yang
mana senarai calon berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam
masa terdekat ini.

Mohamed Khaled, yang juga Menteri Besar Johor itu juga tidak menolak
kemungkinan akan ada calon yang disenaraikan untuk bertanding di dua
kawasan pilihanraya termasuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)
termasuk muka-muka baharu.

“Pertemuan berjalan dengan baik, kita sudah siap dan muktamadkan
nama-nama dan bila sampai masa Perdana Menteri akan umumkan (nama-nama
calon),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Kontrak
Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti antara Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Handal Indah Sdn Bhd, di sini, hari
ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perjumpaan beliau dengan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Berkenaan dengan Manifesto Orang Muda yang dilancarkan BN semalam,
beliau berkata ia merupakan satu manifesto yang tepat pada masanya dan
mempunyai tawaran yang terbaik untuk golongan muda.

“Kita ucapkan tahniah kerana memang tepat pada masanya dan saya
berharap orang muda akan dapat memberi pertimbangan yang baik dan jelas
terhadap manifesto ini.

“Ia juga menunjukkan BN prihatin dan sentiasa mengambil berat tentang
orang muda berbanding pembangkang yang tidak memikirkan orang muda,”
kata beliau.

Sementara itu, Mohamed Khaled turut menyangkal dakwaan pembangkang
yang kononnya wang yang terdapat di dalam Tabung Warisan Johor telah
digunakan oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak pernah menggunakan dana yang
berjumlah RM300 juta berkenaan kerana ia hanya boleh digunakan dalam
keadaan darurat.

Tabung Warisan Johor berkenaan ditubuhkan oleh Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang pada ketika itu memegang jawatan Menteri Besar Johor pada
tahun 1990-an.

“(Sekarang ini) kita ada banyak lagi (wang) dan kita tidak gunakan
wang tersebut kerana kita tahu ia hanya boleh digunakan untuk kegunaan
kelansungan budaya dan berkaitan air (dalam keadaan darurat),” katanya.

Tabung Warisan Johor merupakan wang pampasan pembinaan Empangan
Linggui dari negara Singapura yang berjumlah lebih RM300 juta yang
diterima oleh kerajaan negeri Johor dan dimasukkan ke dalam tabung ini
untuk kegunaan keadaan darurat.

Semalam, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor
Dzulkefly Ahmad mendakwa dana berkenaan telah digunakan oleh kerajaan
negeri untuk tujuan lain dan bukan untuk waktu darurat.— Bernama



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons