April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ISMA WEB 

KUALA LUMPUR
– Kerajaan hari ini mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am
tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi pilihan raya umum
ke-14 (PRU14).

Menurut
Pejabat Perdana Menteri, ini bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan
tanggungjawab mereka sebagai pengundi berikutan pengumuman Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh hari mengundi PRU14 itu merupakan
hari bekerja.

“Pengisytiharan
cuti umum itu dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951
bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan,” menurut
kenyataan itu.

Bagi Sabah
dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari
kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari
Kelepasan Am masing-masing, menurut kenyataan itu.- Bernama



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons