April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Parti Makkal Sakti Malaysia hari ini membuat empat laporan polis
terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa mengucapkan perkataan
‘keling’ pada ucapan umumnya yang disifatkan menghina kaum India di
negara ini.

Presidennya, Datuk Seri R.S. Thanenthiran berkata perkataan yang
diucapkan oleh Mahathir itu dianggap berbaur rasis dan tidak patut sama
sekali dinyatakan oleh seorang bekas pemimpin yang sememangnya arif
tentang penduduk negara ini yang berbilang kaum.

“Pada dua hari yang lepas semasa pelancaran manifesto parti (Pakatan)
Harapan, beliau telah mengeluarkan satu perkataan yang mana beliau
sehingga hari ini tidak mahu memohon maaf terhadap kaum India. Ia
benar-benar mengguris hati kami,” kata Thanenthiran pada sidang akhbar
di hadapan Balai Polis Butterworth, di sini, pada Isnin.

Beliau turut menggesa Mahathir supaya membuat permohonan maaf secara
terbuka pada bila-bila masa di samping berharap polis akan menjalankan
siasatan, tindakan dan tangkapan ke atas Mahathir supaya masyarakat
India tidak lagi dihina oleh mana-mana pihak.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons