April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


BALIK PULAU 11 April – MyPPP Bahagian Balik Pulau berikrar akan menyokong sesiapa sahaja calon Barisan Nasional (BN) yang diletakkan bertanding untuk kerusi Parlimen ini tanpa ‘memilih bulu’.

Ketuanya, Hariess Mani berkata, selain kerusi Parlimen, pihaknya juga bersedia mengerahkan jentera untuk berkempen di tiga lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini iaitu Pulau Betong, Teluk Bahang dan Bayan Lepas.

“Ketika ini, kami memiliki lebih 29,000 ahli di seluruh Pulau Pinang dan 10 peratus daripadanya iaitu kira-kira 2,900 orang berada di Balik Pulau.

“Sebagai sebuah parti pelbagai kaum, kami boleh membantu menggiatkan kempen BN di seluruh Balik Pulau sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Hariess Mani memberitahu, walaupun parti itu hampir pasti tidak meletakkan calonnya bertanding di Pulau Pinang pada PRU kali ini, pihaknya tetap akan berdiri teguh di belakang BN. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons