April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


INI PRU ZAMAN MAHATHIR

Semalam apabila Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh mengundi jatuh pada hari Rabu 9 Mei 2018, maka ramailah yang meroyan dan meraban mengutuk perdana menteri.

Sampai ada yang mengeluarkan hadis-hadis palsu. Ada yang menyatakan Allah menenggelamkan firaun dan hartanya pada hari Rabu.

Hari tetap hari,  Allah telah memberikan 7 hari dan semua hari adalah baik, namun Jumaat adalah penghulu segala hari, akan tetapi dalam Islam hari  Jumaat adalah hari yang dilarang untuk bermusafir. Oleh yang demikian belum pernah hari mengundi dibuat pada hari Jumaat. 

Mahathir sudah lupa kah, ketika beliau jadi PM, hari mengundi pernah diadakan pada hari Isnin, Khamis dan Ahad . Ahad bukan hari cuti tetapi hari bekerja untuk Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. 

Maka menggelupur lah pecacai PH menghentam Najib. Hari ini dengan merujuk kepada Akta Hari Kelepasan  1951, perdana menteri telah mengumumkan cuti kelepasan am tambahan pada 9 Mei 2018.

Amerika pun buat pilihanraya hari bekerja iaitu Selasa 8 November 2016.

Sekian/…



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons